Kadar Bantuan Kebajikan Warga Emas & OKU Dinaikkan Sehingga RM500 Sebulan. Ini Cara Mohon

Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan bagi menambah baik kebajikan golongan rentan iaitu terdiri daripada warga emas, OKU dan kanak-kanak miskin.

Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini pasti akan memberi manfaat kepada semua golongan termasuk B40, M40, graduan, belia dan pelajar sekolah.

Ketahui kadar kenaikan bantuan kebajikan bagi golongan rentan di perkongsian bawah.

KADAR BANTUAN KEBAJIKAN GOLONGAN RENTAN

Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan kepada golongan rentan seperti berikut:

  • Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
  • Kadar Bantuan Warga Emas dan bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500
  • Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450
  • Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga kepada RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1000 sekeluarga.

Kadar Bantuan Kebajikan Warga Emas & OKU Dinaikkan Sehingga RM500 Sebulan. Ini Cara Mohon

Walaubagaimanapun, kenaikan kadar bantuan bulanan adalah bermula pada tahun hadapan. Peningkatan kadar ini diharapkan dapat membantu penjagaan kebajikan golongan yang layak.

CARA MOHON BANTUAN KEBAJIKAN

Sekiranya anda merupakan dalam golongan yang layak mendapat bantuan kebajikan dan masih belum pernah membuat permohonan bantuan bulanan, anda boleh buat sekarang. Semak syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan dan cara kemukakan permohonan di sini:

Kadar Bantuan Kebajikan Warga Emas & OKU Dinaikkan Sehingga RM500 Sebulan. Ini Cara Mohon

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma