Manfaat RM50 eWallet Buat Belia Berumur 18 Tahun Hingga 20 tahun
Berita baik buat belia! Kerajaan di bawah Belanjawan 2021 telah memperuntukkan RM75 juta bagi Program eBelia iaitu pengkreditan RM50 ke dalam eWallet belia yang layak. Sebanyak 1.5 juta belia bakal menerima manfaat ini.
Golongan bujang yang berumur 21 dan ke atas tidak perlu risau kerana anda akan terima bantuan bujang di bawah Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM350 seorang.
Baca selanjutnya mengenai pemberian RM50 kepada belia di perkongsian bawah.
RM50 DIKREDITKAN KE DALAM EWALLET BELIA
Bagi belia yang berumur antara 18 tahun hingga 21 tahun, anda akan terima RM50 dalam bentuk kredit untuk Belanjawan 2021 kali ini. Ini adalah bagi menggalakkan penggunaan eWallet yang lebih kerap dan mengurangkan penggunaan wang fizikal untuk tujuan pembelian.
Mekanisma penyaluran masih tidak diperincikan tapi berkemungkinan besar ia adalah kesinambungan kepada e-Tunai Rakyat dan e-Penjana yang diberikan tahun lalu. Pada ketika itu, syarat-syarat menerima RM50 e-Penjana adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun dan ke atas
- Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun berdasarkan rekod LHDN
- Telah mendaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera
- Memiliki salah satu daripada 3 eWallet iaitu Grab, Boost atau Touch n Go eWallet
Isi rumah yang dari golongan B40 dan M40 juga tidak terkecuali daripada menerima bantuan di bawah Belanjawan 2021. Bantuan Prihatin Rakyat akan menggantikan Bantuan Sara Hidup. Isi rumah bakal menerima manfaat sehingga RM1800.
Baca juga: Bantuan RM180 Untuk Pembelian Telefon Baru Atau Langgan Internet Mulai 2021 Bagi B40