Panduan Lengkapkan MyResume Sebelum Hadir Temuduga SPA Yang Ramai Terlepas Pandang
Tahniah sekiranya anda dipanggil untuk temuduga dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)! Bukan semua orang mampu ditawarkan untuk ke temuduga. Jadi pastikan anda buat yang terbaik untuk temuduga sebenar nanti.
Ada beberapa perkara yang calon sering terlepas pandang dan mungkin akan menyebabkan calon gagal hanya disebabkan hal-hal remeh ini. Antara salah satunya adalah tidak melengkapkan MyResume dan tidak cetak untuk dibawa ke temuduga.
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan remeh ini, berikut adalah panduan melengkapkan MyResume.
Isi Kandungan
CARA LENGKAPKAN MYRESUME SPA
Berikut adalah panduan melengkapkan MyResume SPA sebelum hadir ke temuduga:
- Layari laman web myresume.spa.gov.my
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang sama seperti Sistem SPA9. Masukkan Kod Keselamatan dan klik Masuk
- Lengkapkan Maklumat Asas anda *Wajib muat naik gambar & Salinan KP/Sijil Lahir. Lengkapkan maklumat peribadi dan ibu bapa
- Lengkapkan Maklumat Akademik di peringkat Menengah, Tinggi dan muat naik Sijil Akademik
- Lengkapkan Maklumat Pengalaman kerja dalam sektor kerajaan dan sektor swasta. Muat naik salinan dokumen berkaitan
- Masukkan Maklumat Kemahiran yang anda ada
- Isi lain-lain maklumat berkaitan
Setelah selesai lengkapkan MyResume dan semua maklumat yang diminta, anda perlu CETAK dan BAWA senarai semak semasa urusan temuduga. Pastikan semua dokumen telah dimuat naik dengan lengkap sebelum temuduga.
Untuk pengetahuan anda, tidak membawa cetakan MyResume adalah antara kesilapan yang calon lakukan dan menyebabkan temuduga SPA mereka GAGAL.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan berhubung masalah teknikal dengan MyResume, anda boleh email ke alamat shazariah@spa.gov.my.
Sebarang kemusykilan berhubung temuduga, anda boleh hubungi pegawai yang berkenaan pada surat panggilan temuduga.
Baca juga: Perlukah Bawa Diploma Untuk Temuduga Jawatan Kelulusan SPM Sahaja?