17 Jenis Bantuan Kewangan & Biasiswa Pelajar IPT Yang Anda Boleh Mohon Sekarang

Bagi memberi kemudahan dari segi kewangan dan bantuan kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), pelbagai jenis bantuan dan biasiswa ditawarkan oleh pelbagai yayasan/organisasi. Bukan itu sahaja, malah setiap universiti pasti akan menyediakan bantuan zakat dan kebajikan buat pelajar yang susah.

Untuk memudahkan urusan pelajar yang kini sedang mencari bantuan atau biasiswa yang sesuai untuk dipohon sekarang, di bawah telah disenaraikan 17 jenis bantuan dan biasiswa yang sedang dibuka untuk permohonan.

Ini bermaksud, anda masih boleh mohon mana-mana bantuan atau biasiswa yang sesuai di bawah sekarang.

SENARAI BANTUAN & BIASISWA PELAJAR  IPT

Bantuan Pendaftaran IPTA/S – RM300

Yayasan Pasir Gudang menawarkan Bantuan Pendaftaran IPTA/ IPTS bagi pelajar yang berjaya ditawarkan pengajian ke peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda Pertama. Permohonan dibuka sehingga Disember 2020. Mohon sekarang:

Bantuan Kewangan Pelajar UiTM

Bantuan Kewangan pelajar UiTM meliputi bantuan bayaran yuran, bantuan sara hidup dan bantuan kecemasan boleh dimohon sehingga 2 November 2020. Klik pautan berikut:

Bantuan Zakat UiTM

Pelajar UiTM bagi kampus-kampus di sekitar Selangor boleh buat permohonan secara atas talian sehingga 13 November 2020 di pautan berikut:

Bantuan Zakat UTM

Mahasiswa dan mahasiswi UTM yang berkelayakan boleh mohon bantuan zakat UTM sehingga 1 November 2020 di pautan berikut:

Bantuan UNIMAS Prihatin – RM100

Para pelajar prasiswazah UNIMAS yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran IPT secara fizikal boleh mohon bantuan di sini:

Bantuan Anak Pahang

Penuntut IPT yang berasal dari Pahang dan terkesan dengan penundaan pendaftaran ke IPT boleh mohon bantuan anak Pahang di pautan berikut:

Skim Tabung Endowmen (STEBP)

Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM menawarkan Skim Tabung Endowmen Bantuan Pelajar untuk memberikan bantuan kepada pelajar yang memerlukan bantuan dalam sesi pembelajaran sepanjang di universiti. Mohon di sini:

Skim Tabung Kebajikan Pelajar UKM

Skim Tabung kebajikan Pelajar UKM menawarkan bantuan kepada pelajar-pelajar yang ditimpa kemalangan secara langsung atau tidak langsung. Mohon di sini:

10 Jenis Bantuan Kebajikan & Kewangan UMS

Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS menyediakan saluran kebajikan dan kewangan kepada pelajar UMS yang memerlukan. Ini 10 jenis bantuan dan cara memohon:

Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA

Yayasan ANGKASA menyediakan kemudahan Pembiayaan Boleh Ubah (Biasiswa) kepada para pelajar yang berkelayakan bagi melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPT dalam negara. Permohonan dibuka sehingga 31 Oktober 2020 di sini:

Pembiayaan Pendidikan Yayasan Peneraju

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera. berikut adalah senarai Pembiayaan Pendidikan Yayasan Peneraju yang sedang dibuka untuk permohonan:

Biasiswa Naib Cancelor – RM800 Setiap Bulan

UMK menyediakan Biasiswa Naib Cancelor bagi memberi sokongan kewangan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran yang mendapat tawaran pengajian ke IPT. Klik untuk mohon:

Biasiswa Yayasan UEM

Biasiswa Yayasan UEM menawarkan biasiswa buat lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi atau pelajar tahun pertama di IPTA. Mohon sebelum 15 November di sini:

Biasiswa AEON Credit Services (M) – RM4,600 Setiap Sem

Tawaran Biasiswa AEON Credit Services (M) bagi semester 1 khas untuk pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang berkelayakan. Permohonan boleh dibuat sehingga 20 November 2020. Klik untuk mohon:

Biasiswa Pendidikan Universiti UMK – RM500 Sebulan

UMK menyediakan Biasiswa Pendidikan Universiti bagi memberi sokongan kewangan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Kedoktoran bagi pelajar tempatan:

Biasiswa Salihu Saburhan UM

Biasiswa Salihu Saburhan menawarkan satu biasiswa untuk pembiayaan penuh yuran pengajian bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya. Mohon sebelum 30 Oktober 2020 di sini:

Biasiswa Jardine Cycle & Carriage

Jardine Cycle & Carriage Limited (Singapura) menawarkan satu biasiswa untuk pembiayaan penuh yuran pengajian bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya. Mohon sebelum 30 Oktober 2020 di sini:

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma