Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Jenis-jenis Cuti Dalam Perkhidmatan Awam Yang Perlu Anda Tahu

Oleh Cikgu Shaari • October 22, 2020 • 2 min baca

Jenis-jenis Cuti Dalam Perkhidmatan Awam Yang Perlu Anda Tahu
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pentingnya untuk para petugas perkhidmatan awam ketahui jenis-jenis cuti perkhidmatan awam yang ada. Ini adalah bagi memudahkan petugas untuk membuat perancangan cuti lebih awal jika berlaku sesuatu yang memerlukan petugas ambil cuti.

Cuti dalam konteks Cuti Perkhidmatan Awam ini adalah sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.

Ketahui beberapa jenis cuti dalam perkhidmatan awam yang perlu anda tahu di perkongsian bawah.

JENIS-JENIS CUTI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Cuti Yang Diberi Kerana Perkhidmatan

Perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri daripada masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti tibi, kusta dan barah serta cuti belajar.

  • Cuti Rehat
  • Cuti Separuh Gaji
  • Cuti Tanpa Gaji

Guru yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam pula mendapat 2 cuti tambahan berikutan dengan cuti sekolah iaitu:

  • Cuti Penggal
  • Cuti Rehat Khas

Cuti Atas Sebab Perubatan

Cuti-cuti sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu bila seseorang pegawai itu disahkan oleh Pegawai Perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugasnya.

  • Cuti Sakit
  • Cuti Sakit Lanjutan
  • Cuti Kerantina
  • Cuti Kecederaan
  • Cuti Tibi, Kusta Dan barah

Cuti Tidak Berekod

Cuti tiada rekod ini adalah cuti yang diminta oleh penjawat awam untuk urusan tertentu dan tempoh hari yang dibenarkan untuk mengambil cuti telah ditetapkan oleh perkhidmatan awam. Petugas yang ingin mengambil cuti perlu mengemukakan bukti urusan dalam bentuk pengesahan.

  • Cuti Gantian
  • Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan
  • Cuti Isteri bersalin
  • Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
  • Cuti Tugas Khas Perubatan
  • Cuti menghadiri tugas
  • Cuti menghadiri mahkamah di luar stesen

Cuti-cuti Lain

Antara cuti-cuti lain lagi yang boleh penjawat awam ambil adalah:

  • Cuti Haji
  • Cuti Menjaga Anak (Tanpa Gaji)
  • Cuti Berkursus (Cuti Belajar)
  • Cuti rehat selepas berkursus lebih 12 bulan
  • Kebenaran tidak hadir bertugas atas sebab kecemasan am

Untuk mendapatkan cuti-cuti tertentu, pegawai mestilah mendapatkan surat pengesahan yang sah menunjukkan keadaan tertentu. Jangan sesekali kemukakan dokumen yang palsu semata-mata untuk mendapat cuti, buruk padahnya! Pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib atas tindakan ini.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.