Semakan & Permohonan

UNIMAS Prihatin: Bantuan RM100 & Kemudahan Tempat Tinggal Percuma

October 7, 2020Oleh Cikgu Shaari1 min baca
UNIMAS Prihatin: Bantuan RM100 & Kemudahan Tempat Tinggal Percuma

Memahami masalah pelajar yang terpaksa pulang semua ke kediaman masing-masing berikutan dengan penangguhan pendaftaran yang dilaksanakan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melalui inisiatif UNIMAS Prihatin menyediakan beberapa kemudahan dan insentif kepada pelajar.

Inisiatif dan insentif ini selari dengan saranan Yg Berhormat Menteri Pengajian Tinggi supaya IPT memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi para pelajar yang terlibat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengumuman inisiatif dan insentif yang disediakan UNIMAS Prihatin.

MAKLUMAN KPT

Kementerian Pengajian tinggi pada 2 Oktober lalu telah mengeluarkan kenyataan penangguhan pendaftaran secara fizikal dan beberapa makluman lain:

  • Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran (PnP) pelajar dijalankan secara atas talian
  • Pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik boleh kekal berada di kampus
  • Semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus dibatalkan
  • Pihak IPT akan membantu menguruskan kemasukan pelajar yang berada di dalam kampus.

BANTUAN UNIMAS PRIHATIN

Para pelajar prasiswazah baharu yang telah berada di kampus layak untuk menerima bantuan seperti berikut:

  • RM100 bantuan prihatin
  • Kemudahan tempat tinggal (Kolej UNIMAS) percuma bagi bulan Oktober 2020

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin ajukan sebarang pertanyaan berkaitan bantuan dan pergerakan balik ke kampus, anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelajar di talian berikut:

  • 082-581921
  • 082-581857
  • 082-581858

UNIMAS Prihatin: Bantuan RM100 & Kemudahan Tempat Tinggal Percuma

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda