Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Hari Pertama Internship, Apa Yang Perlu Anda Lakukan? Rujuk Panduan Ini

Oleh Cikgu Shaari • October 7, 2020 • 2 min baca

Hari Pertama Internship, Apa Yang Perlu Anda Lakukan? Rujuk Panduan Ini
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Apa yang perlu anda lakukan pada hari pertama internship? Pernah terfikir tak anda akan kaku pada hari pertama nanti? Kalau boleh semua pelajar nak lakukan yang terbaik saat intership untuk dapatkan markah yang bagus dan berikan tanggapan yang baik oleh syarikat terhadap kita.

Tanggapan pertama pekerja-pekerja dan majikan di syarikat internsip adalah penting kerana mereka akan mula menilai anda saat hari pertama anda masuk untuk latihan.

Apa yang perlu anda lakukan  pada hari pertama untuk berikan tanggapan pertama yang baik? Nak tahu, rujuk perkongsian di bawah.

TIPS HARI PERTAMA INTERSHIP

1. Tepati Masa

Perkara paling utama yang perlu anda lakukan adalah TEPATI MASA. Pastikan anda sampai awal ke pejabat sebelum masa sebenar masuk kerja. Tiba di pejabat sekurang-kurangnya awal 15 minit untuk menunjukkan bahawa anda merupakan seorang yang tepati masa dan serious dengan internship.

Jangan pula anda tepati masa pada hari pertama sahaja. Kekalkan sifat yang bagus ni sehingga akhir internship.

Hari Pertama Internship, Apa Yang Perlu Anda Lakukan? Rujuk Panduan Ini

2. Mula Berkenalan & Ingat Nama Rakan Sekerja

Bila dah masuk pejabat, pastikan anda mulakan perkenalan dengan pekerja-pekerja yang ada. Jangan sombong! Tidak perlu berbual panjang, cukup sekadar anda perkenalkan nama dan tanya nama mereka.

Paling penting, ingat setiap nama mereka. Senang nak minta tolong nanti.

Hari Pertama Internship, Apa Yang Perlu Anda Lakukan? Rujuk Panduan Ini

3. Jangan Malu Bertanya

Pernah dengar  istilah “Malu bertanya sesat jalan!”?Jadi, jangan sesekali malu untuk bertanya mengenai tugasan yang anda tidak tahu buat. Sebab itu penting berkenalan dengan rakan sekerja supaya anda boleh bertanya nanti.

Jangan teragak-agak untuk tanya.

Hari Pertama Internship, Apa Yang Perlu Anda Lakukan? Rujuk Panduan Ini

4. Ambil Nota

Pertama kali masuk pejabat sebagai pelajar intern, anda pasti akan dikenalkan kepada seorang senior yang akan bimbing anda dalam setiap tugasan yang diberi. Setiap kali anda diberi tugasan dan diajar cara selesaikannya, pastikan anda ambil nota setiap isi.

Kenapa nak ambil nota? Ini adalah supaya nanti anda tidak perlu tanya pekerja berulang kali dan menganggu kerja mereka. Ambil nota juga dapat mengelakkan anda lupa langkah kerja yang perlu anda buat.

Hari Pertama Internship, Apa Yang Perlu Anda Lakukan? Rujuk Panduan Ini

5. Jangan Selalu Pegang Telefon

Hari pertama, letakkan telefon bimbit anda jauh-jauh! Memang dah jadi lumrah kehidupan setiap saat nak cek handphone kan? Pada hari pertama internship, jangan nampak sangat yang anda kerap pegang handphone.

Banyakkan interaksi dengan rakan sekerja dan tanya mengenai syarikat ataupun tugas berkaitan.

Hari Pertama Internship, Apa Yang Perlu Anda Lakukan? Rujuk Panduan Ini

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang bakal menghadapi hari pertama intership. Ingat, hari pertama adalah penting untuk anda berikan tanggapan yang baik kepada rakan sekerja dan majikan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.