Tak Tahu Jawab Soalan Temuduga, Ini 4 Strategi Yang Boleh Calon Guna

Persediaan sebelum menghadiri temuduga adalah perkara yang tidak boleh dipandang remeh oleh setiap calon jika nak lulus. Namun pernah tak anda terfikir nanti tiba-tiba panel penemuduga tanya soalan yang susah, fakta dan anda tak tahu jawapan untuk soalan itu?

Apa anda nak buat, tidak mungkin anda akan diam sahaja?

Jangan diam! Walaupun anda tak tahu jawapan, anda patut bersuara juga jika nak lulus. Tetapi jangan pula anda bagi jawapan yang salah atau hentam sahaja.

Tak Tahu Jawab Soalan Temuduga, Ini 4 Strategi Yang Boleh Calon Guna

Baca juga: “Mengapa Anda Layak Untuk Jawatan Ini?” Ini Contoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga Ini

Ada caranya nak jawab soalan yang anda tak tahu jawapan. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui strategi jawab soalan yang anda tak tahu jawapan.

STRATEGI JIKA TAK TAHU JAWAB SOALAN TEMUDUGA

1 Ambil masa untuk berfikir sebelum menjawab

Saat dapat soalan, cuba untuk fahamkan soalan yang ditanya terlebih dahulu dan fikir sebaiknya. Jangan diam terlalu lama untuk berfikir! Cara untuk elakkan diri daripada diam langsung semasa fikir jawapan, anda boleh selitkan sedikit perbualan seperti “Hmmm..that’s a great question. Let me think about it”

Apa yang penting adalah jangan biarkan suasana senyap tanpa sebarang perbualan.

2 Fikir secara menyeluruh

Calon kena ingat, kadang-kadang penemuduga akan tanya soalan tricky sebab nak tengok cara calon berfikir dan kebolehan calon menyelesaikan masalah. Bukannya sama ada kita cepat atau lambat menjawab soalan

Jika anda beri jawapan cepat tetapi tiada kaitan dengan soalan yang ditanya pun tiada guna. Biar anda jawab soalan lambat sedikit, asalkan jawapan adalah seperti yang diharapkan oleh penemuduga. Dalam tempoh anda berfikir tadi, kumpulkan segala maklumat yang relevan dan terangkan satu persatu kepada penemuduga.

3 Beri jawapan yang anda kaitan dengan soalan

Biasalah jika tak semua soalan kita ada jawapannya. Kadang-kadang penemuduga akan tanya soalan diluar jangkaan kita atau mungkin luar dari bidang berkaitan. Jika anda hadapi situasi seperti ini, cuba anda beri jawapan yang ada kaitan dengan aspek soalan yang ditanya. Walaupun tidak menjawab soalan, sekurang-kurangnya anda cuba jawab dan kaitkan situasi dengan soalan.

Lebih bagus macam ni daripada anda terus jawab “tak tahu”. Tetapi jangan pula calon bagi jawapan yang tiada kaitan langsung dengan soalan yang ditanya.

4 Beri jawapan selamat

Mesti ada juga soalan yang anda memang tidak boleh fikir langsung mengenainya mungkin kerana tidak pernah dengar istilah yang disebut dalam soalan. Selalunya soalan macam ni adalah berkaitan fakta. Jawapan pun mestilah tidak lari dari fakta.

Contohnya soalan macam ni. “What is working capital?”. Cuba bagi jawapan yang berkaitan dengan syarikat tersebut seperti,

“That’s not a concept I’m really familiar with yet, but finance is something I’m really excited about, and I’ve been actively trying to learn more. I’ve been keeping up with deals and have read about a few that your company has been involved in. I’ve also learned a lot about the industries that you advise. I think the consolidation that’s going on in the auto industry is going to create a lot of interesting opportunities going forward, and it’ll be an opportunity to learn a great deal about the M&A business.”

Calon kena ingat, tidak kira anda tahu atau tidak tahu jawapan untuk soalan yang ditanya, calon kena jawab  dengan yakin. Kadang-kadang soalan mencabar penemuduga tidak kisah pun jika calon tak tahu jawab. Apa yang penemuduga nak lihat adalah keyakinan calon menjawab soalan.

Baca juga: Calon Temuduga, Hati-hati Dengan Soalan Psycho Atau Perangkap Dari Panel Ini

Namun jangan pula soalan senang pun anda tak boleh jawab. Sebab itu anda perlu buat persediaan sebelum hadir temuduga. Baca sehabis mungkin mengenai bidang jawatan yang anda temuduga.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Calon Wajib Tahu 6 Perkara Yang Paling Tidak Disukai Penemuduga Ini

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma