Pengambilan Terbuka Bakal Pegawai & Perajurit Muda TLDM. Semak Tarikh & Lokasi Ujian Sekarang

Berita baik buat rakyat Malaysia! Kepada sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak dan mencabar fizikal dan mental, ini peluang anda untuk sertai Pegawai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM). Pelbagai aktiviti dan latihan ketenteraan yang menarik menanti sekiranya anda sertai pengambilan PSSTLDM. Anda juga berpeluang untuk diserap menjadi anggota tetap TLDM!
Kini, pengambilan terbuka bakal Pegawai dan Perajurit Muda PSSTLDM di negeri Johor akan dilakukan dalam masa terdekat. Individu yang berminat boleh hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan seperti yang diiklankan.
Semak syarat kelayakan pengambilan PSSTLDM dan dan info lanjut tarikh serta tempat pengambilan di perkongsian bawah.
SYARAT KELAYAKAN
Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada lelaki dan wanita
- Berumur 18 hingga 45 tahun (Pegawai) dan 18 hingga 35 tahun (Anggota lain-lain pangkat)
- Mendapat kepujian dalam Subjek Bahasa Melayu SPM/SPMV/SKM
- Ijazah Sarjana Muda dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7
- Syarat minima ukuran fizikal:
Ketinggian: Lelaki 1.62 M / Wanita 1.57 M
Berat badan: Lelaki 47.5 KG / Wanita 45KG
Body Mass Index: 18 – 26.9
Ukuran Dada: 76.2CM – biasa / 81.2 CM- tarikh nafas (lelaki sahaja)
KELAYAKAN AKADEMIK
Pegawai PSSTLDM
- Berkelulusan IJAZAH SARJANA MUDA dengan CGPA 2.7 ke atas
- Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan peperiksaan SPM/SPMV/SKM yang setaraf
Perajurit Muda (PTM) PSSTLDM
- Berkelulusan SPM/SPMV/SKM
- Kepujian dalam Bahasa Melayu, matematik dan 3 mata pelajaran lain
KELEBIHAN MENYERTAI PSSTLDM
Antara kelebihan menyertai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM adalah:
- Elaun Latihan [RM8.00 / jam (LLP), RM9.60/ jam (Pegawai)]
- Saguhati Tahunan
- Pakaian seragam percuma
- Berpeluang mengikuti pelayaran bersama kapal-kapal TLDM
LATIHAN KETENTERAAN
Pelbagai latihan ketenteraan yang menarik disediakan seperti:
- Latihan menembak
- Kem tahunan
- Latihan renang
- dan banyak lagi
DOKUMEN DIPERLUKAN
Calon mestilah hadir ke lokasi ditetapkan bersama 4 SALINAN SEMUA DOKUMEN berikut:
- Gambar berukuran passport
- Salinan Kad Pengenalan calon dan ibu bapa
- Salinan Sijil Lahir calon dan ibu bapa
- Sijil Kahwin dan MyKad Pasangan (jika ada)
- Salinan Sijil Ijazah/ Diploma dan transkrip beserta sijil SPM/ SPMV/ SKM
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Pencapaian Akademik
LOKASI PENGAMBILAN PSSTLDM
Pengambilan terbuka dialu-alukan kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan pengambilan yang ditawarkan. Individu yang ingin dapatkan peluang penempatan jadi pasukan TLDM boleh hadir ke Ujian Kecergasan yang dijadualkan seperti berikut:
- Tarikh: 19 & 26 Februari 2022
- Masa: 7.30 pagi hingga 2.30 petang
- Tempat: Pangkalan TLDM Sg. Lunchoo, Johor
- Pakaian: Sukan dan Bekasut
Bagi yang berminat, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada pasukan TLDM melalui pengambilan yang dibuka ini!