Bantuan JKM RM1,000? Ini Senarai Bantuan & Kadar Pembayaran Terkini
Dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik termasuk B40, pelbagai bantuan telah diberikan oleh pihak kerajaan. Perkhidmatan bantuan kewangan yang disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Isi Kandungan
BANTUAN JKM DINAIKKAN RM1,000
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengusulkan agar bantuan bulanan JKM yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan ke RM1,000.
Menurut beliau, peningkatan bantuan JKM tahun sebelum ini terlalu sedikit dan tidak bersepadanan dengan peningkatan kos sara hidup dan inflasi yang berlaku hari ini.
Walaubagaimanapun, peningkatan kadar bantuan itu mungkin akan bermula pada hujung tahun ini atau awal tahun depan. Pihak Kerajaan perlu mengambil kira belanjawan yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan sebelum hujung tahun ini.
SENARAI BANTUAN JKM DAN KADAR PEMBAYARAN TERKINI
1) Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Kadar Bantuan:
Kadar Bantuan Kanak-Kanak dinaikkan dari RM100 sebulan setiap anak kepada:
- Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan seorang
- Maksimum RM1000 setiap keluarga setiap bulan
Kriteria Kelayakan:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
2) Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Kadar Bantuan:
RM400 sebulan setiap orang.
Kriteria Kelayakan:
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah;
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
3) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Kadar bantuan:
RM250 sebulan setiap orang.
Kriteria kelayakan:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Tidak berupaya bekerja.
- Pemohon bukan penghuni/ pelatih Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
- Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
4) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Kadar bantuan:
RM350 sebulan setiap orang
Kriteria kelayakan:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
5) Bantuan Orang Tua (BOT)
Kadar bantuan:
RM500 sebulan setiap orang.
Kriteria kelayakan:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM; atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
6) Bantuan Am Persekutuan (BA)
Kadar bantuan:
RM 100 sebulan setiap orang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga
Kriteria kelayakan:
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
7) Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Kadar bantuan:
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
Kriteria kelayakan:
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
i) Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
ii) Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
8) Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Kadar bantuan:
RM200 sebulan setiap orang
Kriteria kelayakan:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
- Kes-kes seliaan akhlak; atau
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
9) Bantuan Geran Pelancaran (GP)
Kadar bantuan:
Maksimum RM2,700 sekaligus.
Kriteria kelayakan:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
10) Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
Kadar bantuan:
Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
Kriteria kelayakan:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.
Jenis peralatan tiruan/ alat sokongan:
- Anggota Palsu
- Kerusi Roda
- Alat Bantu Pendengaran
- Alat-alat Keperluan Lain
- Penggantian / Baik Pulih Alat
- Jenis Peralatan yang berkaitan
11) Tabung Bantuan Segera (TBS)
Kadar bantuan:
- Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
- Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.
PERMOHONAN BANTUAN JKM
Sekiranya anda LAYAK dan memerlukan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda boleh buat permohonan secara online melalui laman web eBantuan JKM atau secara manual. Dapatkan borang permohonan manual dan cara permohonan online bantuan JKM di pautan berikut:
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan di mana permohonan dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03-8000 8000.