Tips Tanya Majikan Mengenai Kerja Kosong Melalui WhatApp

Pernah tak anda lihat tawaran kerja kosong disiarkan melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter? Selalunya yang iklankan kerja kosong melalui media sosial tersebut adalah Pegawai Pengurusan Sumber Manusia sesuatu syarikat.

Jika anda perasan, tawaran yang diiklankan akan disertakan dengan nombor telefon untuk dihubungi. Ini bermaksud, jika anda berminat anda boleh membuat permohonan kerja yang ditawarkan melalui panggilan telefon ataupun WhatsApp.

Nak tanyakan maklumat mengenai kerja melalui WhatsApp pun ada tata tertib yang perlu anda tahu.

CARA TANYA KERJA KOSONG MELALUI WHATSAPP

Tukar Nama WhatsApp

Cuba anda cek balik nickname yang anda gunakan di WhatsApp. Biasanya orang gunakan nama yang bukan-bukan di WhatsApp. Jika anda nak mohon kerja, pastikan anda tukar nama WhatsApp anda ke nama yang lebih proper.

Tidak perlu letak nama penuh, cukup sekadar jelas supaya bakal majikan ingat nama anda. Calon juga lebih kelihatan profesional hanya melalui nama WhatsApp.

Tukar Profile Picture

Pastikan Profile Picture yang anda gunakan adalah gambar yang elok dan gambar anda sendiri. Jangan letak gambar kucing/kartun/bunga dan sebagainya. Profile Picture melambangkan karakter calon pekerja.

Ada juga majikan yang langsung tidak berminat untuk membuka WhatsApp daripada calon yang tidak meletakkan gambar yang sesuai di WhatsApp. Majikan berpandangan calon seperti tidak serius dan tidak jujur.

Mulakan Perbualan Dengan Sopan

Nak jaga imej, pastikan anda mulakan perbualan di WhatsApp dengan penuh adab yang betul. Contohnya seperti berikut:

“Assalamuaikum puan, nama saya Nor Siti umur 20 tahun ingin bertanya mengenai jawatan kosong di syarikat puan seperti yang diiklan di Facebook. Adakah masih ada kekosongan? Terima Kasih”

Jangan sesekali hantar WhatsApp terlalu ringkas tanpa memperkenalkan diri seperti ” salam, kerja kosong ada lagi tak?”. Nampak tidak beradap dan majikan lebih utamakan yang lebih bersopan.

Pastikan Waktu Sesuai

Nak WhatsApp pun kena pastikan waktu adalah sesuai. Jangan bertanya mengenai jawatan selepas luar waktu pejabat. Paling lewat pun sebelum jam 7 malam. Jangan pula jam 3-4 pagi anda WhatsApp tanya kerja kosong.

Majikan pun ada masa untuk keluarga dan masa sendiri juga. Jadi hormati masa mereka.

Berterus Terang

Majikan lebih suka calon yang berterus terang tambah-tambah mengenai gaji. Jika anda menanyakan soalan tentang gaji dan majikan mencadangkan tawaran gaji, pastikan anda berterus terang dengan jawapan anda.

Jika setuju dengan gaji yang ditawarkan, anda boleh terus proceed untuk datang temuduga. Jika tidak setuju, anda boleh balas “Maaf, saya tak berminat, terima kasih atas tawaran”. Mungkin juga majikan berfikir untuk naikkan tawaran gaji kerana anda berterus terang dan rasa anda adalah calon terbaik.

Tidak kira anda menanyatakan soalan mengenai tawaran kerja melalui email, WhatsApp atau di mana sekali pun, pastikan anda gunakan cara yang proper dan professional.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tips Untuk Terus Dapat Interview & Tawaran Kerja Selepas Tamat Belajar

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma