Perjalanan & Tapisan Untuk Menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Yang Perlu Calon Tahu

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik adalah antara kerjaya dalam Sektor Perkhidmatan awam yang diminati dan diidamkan oleh ramai orang. Untuk menceburi dalam bidang kerjaya ini, calon mestilah memiliki kelayakan akademik yang sesuai, seorang yang dinamik, bercita-cita tinggi serta bersedia menghadapi cabaran masa depan negara.

Jawatan ini tergolong di bawah kumpulan pengurusan dan perkhidmatan profesional di dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Namun untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik, terdapat 5 tapisan yang perlu calon lalui sebelum pelantikan. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui perjalanan dan tapisan sebelum bergelar Pegawai Tadbir Diplomatik.

TUGAS SEORANG PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Bagi yang tidak tahu, tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang telah dikongsikan oleh SPA adalah:

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

TAPISAN UNTUK MENJADI PTD

Berikut adalah secara ringkas mengenai aliran dan tapisan untuk PTD yang akan calon lalui:

Tapisan 1 – Peperiksaan Online

Sama seperti jawatan SPA yang lain, calon PTD juga akan melalui tapisan pertama iaitu peperiksaan online yang meliputi bahagian berikut:

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Untuk persediaan calon, anda boleh lihat Topik Pengetahuan AM dan Contoh Soalan dalam peperiksaan online PTD M41.

Perjalanan & Tapisan Untuk Menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Yang Perlu Calon Tahu

Tapisan 2 – Program Assessment Centre (PAC)

Bila dah lulus peperiksaan online, calon terpilih akan dipanggil untuk mengikuti Program Assessment Centre (PAC) iaitu 7 aktiviti penilaian yang meliputi:

i) Saringan Kesihatan :

  • pemeriksaan tekanan darah
  • pemeriksaan denyutan nadi

ii) Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) terdiri dari:

  • Ukuran berat dan tinggi untuk BMI Calon
  • Ujian duduk dan jangkau
  • Ujian genggaman tangan
  • Ujian bangun tubi 1 minit
  • Ujian larian ulang alik 20 meter ( Bleep Test)

iii) Ujian Penulisan

  • Bahasa Melayu &
  • Bahasa Inggeris

iv) Perbincangan Kumpulan (Dalam bahasa Melayu)

v) Pengucapan Awam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris (Public Speaking)

vi) Perbincangan Kumpulan Bahasa Inggeris (Group Discussion)

vii) Kerja Berkumpulan

viii) Ujian Psikometrik

Tapisan 3 – Temuduga

Bila dah lulus semua ujian dalam PAC, calon akan dinilai. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga.

Anda boleh baca Contoh Soalan Temuduga PTD M41 untuk persediaan

Perjalanan & Tapisan Untuk Menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Yang Perlu Calon Tahu

Tapisan 4 – Kursus DPA

Dah lepas dan lulus temuduga, calon akan dimaklumkan untuk mengikuti Kursus Diploma Pasca Siswazah (DPA) INTAN. Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN merupakan kursus pra-perkhidmatan yang dibangunkan secara komprehensif selama 10 bulan bagi tujuan pelantikan ke dalam skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Perjalanan & Tapisan Untuk Menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Yang Perlu Calon Tahu

Program ini menekankan konsep pembangunan professional dan pembinaan sahsiah. Program juga adalah berlandaskan lima elemen utama iaitu, Attitude (Sikap), Skills (Kemahiran), Knowledge (Pengetahuan), Adaptability (Kebolehsesuaian) dan Resilience (Daya Tahan).

Tapisan Akhir – Pelantikan PTD

Dah selesai semua tapisan akhir sekali, calon akan mendapat pelantikan sebagai Pegawai tadbir Diplomatik. Bukan senang ya nak jadi seorang PTD. Hanya yang betul-betul layak dan mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja akan dapat lepasi semua tapisan-tapisan ini.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma