Topik Famous Pengetahuan Am Dalam Peperiksaan PTD Gred M41 Seksyen A

Tahniah buat calon yang terpilih untuk menduduki peperiksaan online SPA untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41! Semestinya semua calon ingin lulus peperiksaan. Oleh itu, persediaan dari segi mental dan fizikal mestilah dilakukan terutama ulangkaji untuk topik-topik yang akan ditanya dalam peperiksaan supaya tak terkapai-kapai bila tengok soalan nanti.

Di perkongsian ini dikongsikan topik-topik famous yang selalu ditanya dalam Seksyen A iaitu Pengetahuan Am bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Sebelum itu, perkongsian ini akan ceritakan serba sedikit tentang Soalan Pengetahuan AM PTD dan format peperiksaan calon.

FORMAT PEPERIKSAAN

Seperti yang calon sudah sedia maklum, calon akan menghadapi peperiksaan bagi bahagian-bahagian tersebut:

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

SEKSYEN A: PENGETAHUAN AM

Secara umumnya bahagian Pengetahuan AM PTD akan menguji calon dengan subjek dan skop soalan yang luas. Kunci utama untuk menjawab soalan di bahagian ini adalah pengetahuan umum calon keadaan isu semasa dan perkembangan yang berlaku dalam dan luar negara.

Jadi, pastikan anda ambil perhatian dengan Pengetahuan AM tentang Malaysia dan Dunia kerana soalan akan berkisar tentang perkara tersebut.

Apa Yang Calon Perlu Tahu?

Dalam seksyen ini, calon perlu kuasai secara umum dalam:

Perkara-perkara yang berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa, hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain perkembangan yang berkaitan.

Tujuan utama seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekeliling pada amnya dan Malaysia khasnya.

TOPIK PENGETAHUAN AM PEPERIKSAAN PTD

Antara topik Pengetahuan AM yang famous dalam peperiksaan PTD yang WAJIB calon ambil perhatian adalah seperti berikut:

  • Konsep pengasingan kuasa: Perundangan & Kehakiman
  • Perlembagaan
  • Sistem Pentadbiran di Malaysia
  • Pentadbiran Tanah, Negeri dan Daerah (Tanggungjawab)
  • 12 Bidang Kuasa Utama Negara (NKEA)
  • Konsep dan contoh:
    – Kementerian
    – Jabatan
    – Suruhanjaya
    – Badan berkanun & badan tidak berkanun
    – Majlis-majlis
  • Sistem Kabinet atau Jemaah Menteri
  • Undang-undang di Malaysia
  • Badan Perundangan
    – Parlimen
    – Dewan Negeri
  • Kehakiman di Malaysia
    – Fungsi Mahkamah dan jenis Mahkamah
  • Dasar Dalam Negara
    – Dasar Pembangunan Ekonomi negara – contohnya Rancangan Malaysia, GTP, NBOS
  • Dasar Luar Negara
    – APEC
    – IOC
  • Isu Semasa
  • Inisiatif Kerajaan (Kerajaan terkini)

Topik-topik yang dikongsikan ini adalah berdasarkan rujukan daripada soalan-soalan peperiksaan PTD yang lepas. Calon dinasihatkan agar membuat ulangkaji yang lebih mendalam dan jangan hanya berharap kepada satu perkongsian sahaja.

Mudah sahaja sebenarnya nak jawab peperiksaan bahagian ini sekiranya calon bersedia dengan pengetahuan-pengetahuan am mengenai negara yang lengkap. Calon boleh juga lihat Contoh Soalan Pengetahuan AM PTD M41 sebagai persediaan.

Selamat maju jaya!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma