Vaksinasi Dos Penggalak Bagi Warga Emas Secara Walk In Di PPV Kini Dibuka

Sehingga hari ini, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah meluluskan vaksin Comimaty keluaran Pfizer-BioNTech, vaksin CoronaVac keluaran Sinova dan vaksin Astra Zeneca untuk digunakan sebagai dos penggalak. Lanjutan daripada itu, pihak Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) telah mengesyorkan dos penggalak diberikan kepada semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas.

Bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mencadangkan beberapa kategori individu mengambil dos penggalak. Terkini, warga emas dah boleh dapatkan dos penggalak tanpa tunggu janji temu MySejahtera. anda hanya perlu walk in terus ke PPV yang dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian dos penggalak secara walk in.

TARIKH WALK IN DI PPV

Lembah Klang (Bermula 19 Januari 2022)

  • PPV World Trade Centre, Kuala Lumpur (2pm – 8pm)
  • PPV Axiata Area, Bukit Jalil (2pm – 8pm)
  • PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam (2pm – 8pm)
  • Soka Gakkai, Klang (12pm – 4 pm)

Waktu walk in: Setiap hari kecuali cuti umum

Di PPV Offsite Di Negeri (Bermula 24 Januari 2022)

  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Pulau Pinang
  • Sarawak

SENARAI LENGKAP PPV

Senarai lengkap PPV Offsite terlibat boleh disemak di laman berikut:

LIPUTAN VAKSINASI DOS PENGGALAK

Untuk makluman anda, sehingga 16 Januari 2022:

  • Lebih 70% warga emas diberi dos penggalak di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak
  • 40% daripada populasi Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas juga telah terimanya

KATEGORI YANG PERLU AMBIL DOS PENGGALAK UNTUK KEKALKAN STATUS LENGKAP VAKSIN

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), melalui Strategic Advisory Group of Experts on Immunisation (SAGE) telah mencadangkan agar golongan ini perlu mengambil dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap:

  • Semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac; atau
  • Semua Individu berumur 60 tahun ke atas (tanpa mengira jenis vaksin siri primer)

Cadangan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 – Booster (CITF-B) pada 8 Disember 2021.

TEMPOH MENDAPATKAN DOS PENGGALAK

Sehubungan itu, individu dalam kumpulan yang dinyatakan di atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada bulan:

  • Februari 2022

Kesan Jika Tidak Mendapat Suntikan Dos Penggalak Dalam Tempoh Ditetapkan

Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapat suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022:

  • Status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap
  • Individu tersebut tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin Covid-19

Jadi, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa alert dengan notifikasi vaksinasi di MySejahtera masing-masing bagi mengelakkan terlepas janji temu untuk suntikan dos penggalak. Pastikan juga anda sentiasa semak penjadualan vaksinasi masing-masing di MySejahtera dari masa ke semasa.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma