Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih • Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •

Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia Sehingga RM1,000 Dibuka [Pembaikan Di Bengkel Tidak Berdaftar]

Oleh Cikgu Shaari • January 19, 2022 • 2 min baca

Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia Sehingga RM1,000 Dibuka [Pembaikan Di Bengkel Tidak Berdaftar]
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan telah menambah baik pelaksanaan inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia dengan mewujudkan kaedah alternatif untuk mangsa banjir membuat tuntutan tunai dalam keadaan kenderaan telah dibaiki di bengkel tidak berdaftar. Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia untuk Bengkel Tidak Berdaftar boleh dibuat secara dalam talian mulai 19 Januari di portal rasmi ataupun secara manual.

Sehingga kini, hampir 20 syarikat automotif, dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia. Anda juga boleh semak senarai PUSAT SERVIS BERDAFTAR untuk buat tuntutan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia dan kelayakan yang diperlukan.

KADAR BANTUAN

Mangsa banjir yang layak akan terima bantuan seperti berikut:

  • Bantuan sehingga RM1,000
  • Bagi setiap kenderaan (maksimum 5 kenderaan)

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bagi Bantuan Automotif Keluarga Malaysia dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 19 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022

KELAYAKAN PERMOHONAN

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

Pemohon

  • Warganegara Malaysia
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
  • Kenderaan milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR)/ Ahli Isi Rumah (AIR)] yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertakan
  • Kenderaan yang tidak dilindungi oleh insuran bencana alam

Ahli Isi Rumah (AIR)

  • Terhad kepada hubungan Pasangan/ Ibu/ Bapa/ Anak/ Adik Beradik/ Cucu

Syarat Tuntutan

  • Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) berkuatkuasa pada 18 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022 selaras dengan jangkaan tempoh monsun timur laut.
  • Jenis kenderaan yang layak adalah kenderaan yang rosak akibat banjir dalam kategori kenderaan persendirian (termasuk kenderaan penumpang, trak pikap, van dan motosikal) tanpa perlindungan insuran bencana alam sahaja.
  • Hanya kenderaan persendirian yang TIDAK DIHANTAR ke pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat tuntutan

DOKUMEN DIPERLUKAN

Tuntutan bantuan boleh dibuat dengan menyediakan dokumen berikut:

  • Resit pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak/ musnah akibat banjir

CARA MOHON

Individu yang berkelayakan dan ingin membuat tuntutan bantuan RM1,000 boleh buat permohonan melalui kaedah berikut:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman  www.bantuanautomotif.hasil.gov.my atau hubungi talian 1-800 88 2747/ 03 8882 4565/ 03 8882 4566 untuk sebarang pertanyaan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.