Nak Ajar Anak Puasa Dari Umur Berapa? Ini Panduan Penting Yang Ibu Bapa Perlu Buat
Perasan tak zaman sekarang adalah menjadi trend untuk ibu bapa semangat latih anak puasa walaupun anak baru berumur 4 – 5 tahun. Yang sekerat hari itu boleh dipertimbangkan, tetapi sampai paksa anak puasa penuh sehari adalah tidak patut. Tak salah kalau nak ajar anak berpuasa dari umur seawal itu, tetapi ada caranya.
Kalau ibu bapa berjaya buat anak tahan berpuasa, tahniah. Apa yang tidak bagusnya adalah apabila anak-anak jalani kehidupan harian keluar masuk sekolah dengan cuaca panas tetap dipaksa puasa sampaikan anak kekurangan air dalam badan.
Setiap ibu bapa mesti inginkan anak mereka jadi yang terbaik, tetapi ada caranya. Ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
SYARAT WAJIB PUASA IALAH BALIGH
Adakah budak sekolah umur 4 hingga 8 tahun sudah baligh? Tidak perlu lah nak dipaksa puasa jika anak betul-betul tidak larat. kita yang dewasa ini pun terus berbuka kalau tak larat atau tidak sihat, ini kan pulak budak umur 8 tahun.
Tidak salah untuk ajar anak puasa, tetapi pastikan dia sendiri yang merasakan dirinya mampu untuk berpuasa. Kalau dia sendiri relakan diri untuk berpuasa, alhamudlillah!
Jangan risau sangat tentang puasa ketika anak belum baligh, risaukanlah tentang solat anak-anak.
LATIH ANAK UNTUK SOLAT DAHULU
Ramai di kalangan ibu bapa sibuk untuk menekankan anak untuk berpuasa penuh walaupun anak itu tidak mampu. Walaupun bagus untuk latihan tetapi tetap juga tidak boleh dipaksa.
Bagaimana dengan solat? Tidak ramai yang menekankan latihan solat untuk anak-anak di awal usia sedangkan solat itu lebih mudah dipraktikkan oleh anak-anak kecil berbanding berpuasa.
Jika dilihat ramai yang berbangga anaknya yang baru berumur 6 hingga 7 tahun berjaya berpuasa penuh, tapi adakah anak itu di suruh untuk solat?
Buat anak yang masih kecil, seeloknya latih diri anak dengan biasakan diri untuk solat terlebih dahulu. Jika anak dah biasa dengan solat dan jaga solatnya, maka InsyAllah dia akan jaga puasanya juga.
Orang yang solat, jaranglah dia tidak puasa. Tetapi orang yang berpuasa belum tentu dia solat. Semoga bermanfaat!