Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Pengambilan Pelajar Program TVET Tahfiz Di Institut Kemahiran MARA Sesi Mac 2022 Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • January 31, 2022 • 2 min baca

Pengambilan Pelajar Program TVET Tahfiz Di Institut Kemahiran MARA Sesi Mac 2022 Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kecemerlangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai sebuah agensi yang menyokong pembangunan program pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) bukanlah sesuatu yang asing dalam komuniti TVET di Malaysia.

Bagi memastikan mutu pendidikan TVET di semua Institusi Pendidikan MARA (IPMA) terus ditambah baik, pelbagai usaha serta transformasi dilaksanakan dan terbaharu MARA menggabungkan elemen kemahiran dan hafazan al-Quran dengan memperkenalkan program TVET-Tahfiz.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

PELUANG KEPADA PELAJAR TAHFIZ MEMPELBAGAIKAN KEMAHIRAN

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, MARA ingin membuka peluang kepada pelajar tahfiz mempelbagaikan kemahiran dengan melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang diploma kemahiran dan pada masa sama meneruskan pengajian hafazan sepanjang pengajian.

“Kita mahu melahirkan generasi pelajar yang berkemahiran dan dalam masa yang sama juga adalah penghafaz al Quran supaya mereka mampu menjadi pemimpin yang berkualiti dan berteraskan nilai Islam,”

Beliau berhasrat untuk meningkatkan akses peluang pendidikan berkualiti serta pembangunan modal insan termasuk kepada huffaz melalui latihan dalam bidang teknikal dan profesional serta kemahiran untuk kerjaya masa hadapan.

KAEDAH PEMBELAJARAN

Pembelajaran program ini adalah dilaksanakan berikut:

  • 3 Bulan Program persediaan
  • 3 Tahun – Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara
  • DKM Tahap 4

MANFAAT PROGRAM

Antara manfaat yang diperoleh bagi pelajar yang mengikuti program ini adalah:

  • Elaun disediakan oleh MARA
  • Asrama ditanggung MARA
  • Yuran Pengajian ditanggung MARA

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

Syarat Umum

  • Berumur 17 – 40 tahun
  • Berminat dalam bidang teknikal
  • Sihat tubuh badan

Syarat Tambahan

  • Menghafaz sekurang-kurangnya 10 juzuk

Tanpa SPM

  • Tanpa APEL (A) Program Akreditasi JPK
  • Melalui APEK (A) Program DIploma Akredirasi MQA)

 

CARA MOHON & MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh buat permohonan serta dapatkan maklumat lanjut mengenai program melalui talian berikut:

  • Talian pejabat: 09 695 7244
  • En Mohd Roslan Bin Ab Rahman: 013 395 8636
  • En Norhesham: 016 430 6825
  • Pn. Azida: 019 927 4908
  • En. Azlan: 013 939 5507

Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh institusi ini, kolaborasi dalam melaksanakan program TVET-Tahfiz diyakini mampu melahirkan graduan yang berkemahiran yang kompeten dan celik al-Quran.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program TVET-Tahfiz, sila layari; https://www.mara.gov.my

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.