Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

THriving Interns: Cara Mohon Penempatan Latihan Industri Di Lembaga Tabung Haji Tahun 2022

Oleh Cikgu Shaari • January 31, 2022 • 2 min baca

THriving Interns: Cara Mohon Penempatan Latihan Industri Di Lembaga Tabung Haji Tahun 2022
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda pelajar tahun akhir yang sedang mencari penempatan latihan industri/ internship? Jom bina kerjaya anda dengan mohon penempatan internship di Lembaga Tabung Haji! Peluang untuk memperoleh pengalaman yang tidak ternilai dan wawasan unik mengenai dunia Perbankan Islam.

Tawaran adalah dibuka kepada pelajar dari semua bidang pengajian di universiti yang diiktiraf di Malaysia. Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan penempatan latihan industri di Lembaga Tabung Haji.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama majikan: Lembaga Tabung Haji
  • Nama Program: Latihan Industri/ Internship
  • Tarikh Pengambilan: Tahun 2022

KELEBIHAN PROGRAM

Peluang latihan industri di Lembaga Tabung Haji ini menawarkan kelebihan-kelebihan berikut:

  • Pendedahan luas mengenai konsep Syariah
  • Pengalaman langsung dari dunia korporat sebenar
  • Bimbingan profesional dari penyelia yang berpengalaman
  • Peluang untuk menyertai program Tanggungjawab Korporat dan membina rangkaian
  • Tawaran elaun bulanan
  • Pelajar dari semua latar belakang pengajian layak mohon

BIDANG YANG LAYAK

Pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana muda dalam bidang pengajian berikut adalah dipelawa untuk mohon:

  • Kewangan
  • Perbankan
  • Perakaunan
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Business Administration
  • Komunikasi
  • Marketing
  • Dan bidang lain yang berkaitan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mohon penempatan latihan industri di Lembaga Tabung Haji:

  • Pengajian Diploma atau Ijazah di institusi tinggi diiktiraf di Malaysia dan di luar negara
  • Warganegara Malaysia
  • Sedang melanjutkan pelajaran di universiti yang diiktiraf
  • Mampu menjalani latihan selama 12 hingga 24 minggu
  • Motivasi diri, kemahiran interpersonal yang baik, mampu bekerja secara berpasukan
  • Aktif dalam aktiviti ekstra kurikular

CARA MOHON

Pelajar tahun akhir yang berminat untuk jalani latihan industri di Lembaga Tabung Haji bagi pengambilan tahun 2022 boleh buat permohonan sekarang melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web https://practical.tabunghaji.gov.my atau hubungi talian +603 6207 1919.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.