Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Cara Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0

Oleh Cikgu Shaari • October 16, 2020 • 2 min baca

Cara Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Mulai 15 Oktober 2020, permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 telah dibuka buat semua individu yang ingin membuat permohonan. Bagi yang sudah pernah terima BPN dan tidak perlu membuat permohonan baru, anda boleh buat semakan jumlah pembayaran BPN 2.0 yang bakal anda terima.

Sekiranya anda mengalami pertukaran status perkahwinan untuk BPN 2.0, anda perlu kemaskini status perkahwinan anda bagi memastikan anda dapat bayaran bantuan yang sepatutnya dan sesuai dengan status perkahwinan semasa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan menukar status perkahwinan BPN 2.0.

PERTUKARAN STATUS PERKAHWINAN 2.0

Terdapat 2 jenis situasi di mana anda perlu kemaskini status perkahwinan untuk permohonan BPN 2.0:

  • Bujang kepada kahwin (bujang > berkahwin)
  • Kahwin kepada bujang (berkahwin > janda/duda/ibu tunggal)

CARA TUKAR STATUS PERKAHWINAN BPN 2.0

Ikuti langkah berikut untuk tukar status perkahwinan bagi permohonan BPN 2.0:

  1. Muat turun Borang Pembatalan Permohonan BPN
  2. Lengkapkan borang dan bawa bersama sijil nikah / sijil cerai ke cawangan LHDNM (pemohon & pasangan)
  3. Setelah hantar, buat Permohonan Baharu BPN 2.0 secara atas talian

Bagi bujang yang bertukar status ke berkahwin, anda perlu mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori Isi rumah.

Pasangan yang telah bercerai pula perlu hantar borang di atas dan buat permohonan baharu 2.0 di bawah kategori ibu / bapa tunggal.

KADAR BAYARAN BPN 2.0

Setelah anda tukar status perkahwinan untuk permohonan BPN 2.0, anda akan terima bayaran yang sesuai dengan status perkahwinan semasa anda sekarang seperti yang ditetapkan:

  • Isi rumah B40: RM1,000
  • Bujang B40: RM500
  • Isi rumah M40: RM600
  • Bujang M40: RM300

Baca juga: Maksud Golongan B40, M40 & T20 Yang Mudah Anda Faham

Pembayaran BPN 2.0 akan dilakukan 2 kali iaitu seperti yang dijadualkan akhir bulan Oktober 2020 dan Januari 2021. Namun bagi permohonan baru mungkin akan masuk lewat sedikit berikutan jumlah permohonan yang banyak.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus hadir ke cawangan LHDN berdekatan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.