Tiada Pengalaman Kerja Berkaitan Jawatan Dimohon, Ini Cara “Jual Diri” Dalam Temuduga

Nama pun “fresh graduate” memang logik lah jika masih tiada pengalaman bekerja. Jika ada pun, pasti pengalaman kerja yang biasa-biasa sahaja selepas SPM. Contohnya yang ramai lepasan SPM buat adalah bekerja di pasaraya.

Namun cukupkah sekadar cerita pengalaman tersebut sahaja dalam temuduga? Biasanya Penemuduga tak mahu dengar pun pengalaman kerja yang tiada kaitan dengan jawatan yang dipohon. Jadi, macam mana nak yakinkan penemuduga untuk ambil anda bekerja sekiranya tiada pengalaman kerja berkaitan jawatan dimohon?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui bagaimana nak “jual diri” dalam temuduga bagi calon yang tiada pengalaman kerja berkaitan jawatan dimohon.

TIPS “JUAL DIRI” SEMASA TEMUDUGA JIKA TIADA PENGALAMAN

Berikut adalah perkongsian beberapa tips untuk anda “jual diri” atau yakinkan penemuduga untuk ambil anda bekerja:

  • Ceritakan kelebihan diri anda (cepat belajar, mampu bekerja secara berkumpulan dan lain-lain)
  • Manfaatkan pengalaman latihan industri (ceritakan bidang tugas semasa latihan dan bidang kerja yang anda belajar)
  • Nyatakan anugerah dan pencapaian di universiti yang boleh menunjukkan anda seorang yang berbakat, berdaya saing, kreatif dan mempunyai sifat kepimpinan.
  • Kaitkan dengan bidang pengajian di universiti
  • Fokus bahagian kemahiran yang anda ada (kemahiran menggunakan Ms Office dan lain-lain)

Baca juga: Fresh Graduate Tiada Pengalaman Kerja? Ini Yang Majikan Cari Dalam Diri Anda

CONTOH JAWAPAN

Berikut adalah contoh jawapan yang anda boleh gunakan sebagai rujukan dalam temuduga nanti:

Pada tahun 2020, saya telah mengikuti latihan industri di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur dalam bidang pengurusan kewangan di mana saya ditugaskan untuk membantu pekerja dalam bidang ini. Sepanjang tempoh latihan saya, saya telah ditugaskan untuk melakukan ______.

Pengalaman saya sebagai Penolong Ketua dalam persatuan ____ di universiti juga telah mengajar saya untuk menjadi seorang yang berbakat, berdaya saing, kreatif dan mempunyai sifat kepimpinan.

Walau bagaimanapun, saya tersedia untuk menerima tunjuk ajar dari pekerja lain untuk mempertingkatkan lagi kemahiran sedia ada saya di samping mendapat ilmu dan kemahiran yang baru.

Bekerja di dalam bidang pengurusan kewangan ini memerlukan nilai integriti yang tinggi. Saya yakin dengan ketelusan diri saya semasa latihan industri sebelum ini, saya dapat menggalas tanggungjawab sebagai seorang pegawai yang berintegriti.

Nilai integriti amat penting dalam sesebuah organisasi/ jabatan bagi mendapatkan kepercayaan dari rakyat untuk berurusan dengan organisasi/ jabatan tersebut. Oleh itu, nilai integriti yang diterapkan dalam diri saya sepanjang berkhidmat di dalam bidang pengurusan kewangan dapat membantu dalam menguruskan tugas-tugas yang akan diberikan kelak.

Saya yakin dengan kebolehan diri yang ada dalam diri saya, saya boleh melaksanakan tugas-tugas bagi jawatan ini dengan cemerlang berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa.

Baca juga: Tiada Pengalaman Kerja, Ini Perkara Yang Perlu Ada Dalam Resume Untuk Memikat Majikan

Jangan pernah takut untuk ceritakan kelebihan diri anda semasa temuduga nanti. Namun nak cerita jangan pula berlebihan. Pastikan anda tidak terlalu memuji diri. Jadikan fokus utama anda adalah untuk yakinkan penemuduga bahawa anda seorang calon yang mampu untuk bekerja kelak.

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma