Tips Ringkas Temuduga Guru SPP & Konsep Pendidikan Yang Perlu Dihafal – Perkongsian Pensyarah UPSI

Anda dah berjaya hantar permohonan bagi pengambilan khas guru SPP secara one-off yang dibuka secara besar-besaran baru-baru ini? Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah memaklumkan tarikh temuduga pengambilan khas guru ini akan diadakan tidak lama lagi, iaitu penghujung bulan Ogos 2021.

Calon yang betul-betul berminat nak jadi seorang guru, pastikan anda tetapkan matlamat untuk LULUS temuduga kali ini kerana peluang adalah cerah melalui pengambilan ini. Nak buat persediaan temuduga tetapi tak tahu nak study apa dan persediaan apa yang perlu dibuat?

Seorang pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI yang dikenali sebagai Dr. Azima telah kongsikan beberapa tips ringkas persediaan calon guru SPP yang perlu calon ambil perhatian.

Rujuk: Kaedah Temuduga & Kriteria Penilaian Pengambilan Khas Guru SPP Secara One-Off

PENAMPILAN DIRI

  • Calon mestilah mengenakan pakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga
  • Mesti dalam keadaan kemas

PENGETAHUAN AM

  • Calon mesti memiliki pengetahuan asas tentang negara, pendidikan negara dan isu semasa
  • Mesti cakna dengan isu semasa (isu negara, isu pendidikan, isu sukan)

PERSEDIAAN TEMUDUGA – PENGETAHUAN KONSEP PENDIDIKAN

Berikut adalah beberapa konsep pendidikan yang perlu calon ambil perhatian:

  • Menghadam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Menghadap Dasar Pendidikan Negara
  • Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
  • Menguasai Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
  • Mengetahui teori pembelajaran (Taxonomu Bloom dan lain-lain)
  • Menguasai pengetahuan tentang pedagogi, heutagogi, peeragogi, cybergogi
  • Mengetahui apa itu PAK-21
  • Mengetahui KBSM, KCCM, KBD, KBT

SOALAN UMUM

Calon mestilah bersedia dengan soalan-soalan umum yang biasanya ditanya seperti berikut:

  • Nyatakan nilai guru yang baik (Pedagogical, Content, Knowledge)
  • Sebab memilih profesion perguruan
  • Perancangan 10 tahun akan datang
  • Cadangan tentang sesuatu perkara (Contoh, memartabatkan Bahasa Arab)
  • Komen tentang sesuatu isu (Contoh, Isu adik Ain, isu denda dan lain-lain)
  • Kemahiran diri yang boleh disumbangkan kepada sekolah
  • Refleksi
  • Pengalaman kerja

Baca juga: 70+ Contoh Soalan Temuduga Guru Pengambilan Khas SPP Secara One-Off

PERSEDIAAN DIRI

Calon mestilah buat persediaan diri dari segi berikut:

  • Keyakinan diri – mesti jawab setiap soalan panel penemuduga dengan penuh yakin
  • Hubungan mata (Eye contact) ketika menjawab soalan adalah sangat penting
  • Setiap jawapan yang diberikan MESTI ada CONTOH dan JUSTIFIKASI
    Contoh soalan: Apakah langkah untuk memartabatkan Bahasa Arab?
    Jawapan: Mengadakan program bulan Bahasa Arab dengan mewajibkan setiap pelajar menyertai salah satu pertandingan /aktiviti yang diadakan :- Quiz Bahasa Arab, Kalimatussobah, Kalam Jamaie, Dikir Arab – Justifikasi, dengan langkah itu, pelajar akan berusaha menambah pengetahuan Bahasa Arab dan memupuk minat dalam kalangan pelajar terhadap Bahasa Arab).

Baca juga: Panduan Jawab Soalan Temuduga SPP/ Calon Guru Dengan Betul Gaya Guru

PERSEDIAAN CALON GURU

Antara persediaan yang perlu calon lakukan untuk hadapi temu duga pengambilan khas guru SPP adalah:

  • Semakan panggilan temu duga
  • Perkakasan
  • Talian Internet
  • Aplikasi Cisco Webex

Calon dah boleh daftar aplikasi Cisco Webex sekarang untuk persediaan.

Rujuk: Cara Daftar Akaun Cisco Webex Di Telefon & Laptop Untuk Sertai Temuduga Online

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon yang mohon pengambilan khas guru SPP buat persediaan dengan sebaik mungkin untuk menghadapi temuduga sebenar nanti.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma