Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Penambahbaikan & Perkara Yang Diambil Kira Untuk Permohonan Pertukaran Guru KPM

Oleh Cikgu Shaari • August 16, 2021 • 2 min baca

Penambahbaikan & Perkara Yang Diambil Kira Untuk Permohonan Pertukaran Guru KPM
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Isu pertukaran guru telah berlarutan sekian lama. Inilah antara perkara utama yang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berikan perhatian. KPM telah meneliti dan memperhalusi dengan mendalam perkara ini bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.

Berdasarkan penelitian yang dibuat, satu garis panduan baharu telah disediakan bagi permohonan pertukaran guru. Garis Panduan ini akan menggantikan Surat Pekeliling Ikhtisas 1975 – Panduan bagi Pertukaran Guru-guru.

KPM akan jelaskan garis panduan baharu ini kelak. Ikuti perkongsian di bawah untuk penjelasan tentang pertukaran guru bagi permohonan tahun 2021.

ISU PERMOHONAN PERTUKARAN GURU KPM

KPM banyak menerima rayuan daripada guru-guru berkaitan dengan permohonan pertukaran mereka. Antaranya adalah:

  • Ramai yang memohon supaya permohonan pertukaran tahun 2021 ini diproses seiring dengan pengambilan guru baru secara one-off yang telah diumumkan KPM

Untuk makluman guru-guru sekalian, memang sememangnya itulah hasrat KPM, iaitu:

  • sebelum kita menempatkan 18,702 guru baharu daripada pengambilan one-off itu, KPM akan cuba menyelesaikan sebanyak mungkin permohonan pertukaran untuk tahun 2021.

PERKARA YANG DIAMBIL KIRA DALAM PERMOHONAN PERTUKARAN GURU

Namun begitu, terdapat beberapa perkara utama yang KPM ambil kira dalam mempertimbangkan sebarang permohonan pertukaran, iaitu:

  • Pertama: Terdapat sebarang kekosongan jawatan di negeri yang dipohon
  • Kedua: Terdapat keperluan opsyen di negeri yang dipilih

Dua perkara ini merupakan perkara asas yang diambil kira oleh KPM dalam menimbang sebarang permohonan pertukaran.

Katakan ada kekosongan jawatan di negeri tersebut, tetapi tiada kekosongan atau keperluan opsyen yang dimohon di negeri tersebut, maka permohonan dalam konteks ini amat sukar untuk dipertimbangkan.

Baca: eGTUKAR 2021: Permohonan Pertukaran Guru Secara Online

GARIS PANDUAN BAHARU PERTUKARAN GURU DIPERKENALKAN

KPM sedar kesusahan guru dalam konteks pertukaran ini. Namun KPM telah meneliti perkara berkaitan pertukaran guru ini secara menyeluruh dan telah selesai menyiapkan satu garis panduan baharu untuk permohonan pertukaran guru bagi menggantikan Surat Pekeliling Ikhtisas 1975 – Panduan bagi Pertukaran Guru-guru.

Dalam garis panduan baharu ini, banyak penambahbaikan yang KPM perkenalkan. Antaranya adalah:

  • KPM akan membenarkan permohonan pertukaran guru SEPANJANG TAHUN

Banyak lagi penambahbaikan diperkenalkan dalam konteks pertukaran guru ini. KPM akan memberi penjelasan lanjut berkenaan garis panduan baharu ini dalam masa yang terdekat.

Nota: Perkongsian ini AKAN DIKEMASKINI setelah mendapat makluman terbaru mengenai garis panduan pertukaran guru.

Sumber
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.