Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

11 Jenis Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Beroperasi. Hanya Dibuka Kepada Individu Lengkap Vaksinasi, Ini Syaratnya

Oleh Cikgu Shaari • August 16, 2021 • 2 min baca

11 Jenis Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Beroperasi. Hanya Dibuka Kepada Individu Lengkap Vaksinasi, Ini Syaratnya
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri, Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan 11 aktiviti ekonomi mula beroperasi di negeri fasa 1 & 2 PPN yang telah mencapai kadar vaksinasi sekurang-kurangnya 50% penduduk dewasa berkuat kuasa 16 Ogos 2021.

Langkah ini diambil menerusi nasihat pakar berdasarkan kemajuan kadar vaksinasi penduduk dewasa serta keperluan sektor ekonomi untuk melangsungkan perniagaan terutamanya PKS dan PKS mikro.  Kerajaan juga telah memutuskan untuk membenarkan pengoperasian 4 aktiviti ekonomi non-essential iaitu Pembuatan, Pembinaan, Pengkuarian dan Perlombongan dengan kapasiti pengoperasian bergantung kepada kadar vaksinasi lengkap pekerja.

Selain itu, individu lengkap vaksin juga dibenarkan untuk berkunjung ke taman rekreasi awam di bawah negeri Fasa 1 PPN bagi aktiviti riadah. Semak senarai aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi dan syarat berkunjung ke premis bagi individu yang lengkap divaksin.

SYARAT INDIVIDU LENGKAP VAKSINASI

Pelanggan yang ingin memanfaat kemudahan ini mestilah lengkap vaksinasi seperti berikut:

  • 2 Dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac)
    – Selepas hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua
  • 1 Dos suntikan (Johnson & Johnson dan Cansino)
    – Selepas hari ke-28 dari tarikh suntikan

TARIKH BERKUATKUASA

Aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi bagi negeri dalam Fasa 1 dan 2 PPN ini berkuatkuasa pada:

  • Mulai 16 Ogos 2021

AKTIVITI EKONOMI YANG DIBENARKAN BEROPERASI

Berikut adalah senarai 11 aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran boleh kembali beroperasi di negeri fasa 1:

Kelonggaran yang diberikan tidak bermakna kita tidak lagi perlu menjaga SOP malah SOP haruslah dipatuhi setiap masa oleh pengusaha, pekerja serta pengunjung bagi memastikan keselamatan semua.

Semoga kelonggaran ini dapat memberi kelegaan kepada semua, terutamanya kepada pengusaha yang terjejas. Sama-samalah kita pikul tanggungjawab ini bagi memastikan kita dapat menang bersama.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.