Ajar 10 Tips Hafal Sifir Yang Paling Mudah Untuk Anak-anak Di Rumah

Sifir itu umpama jantung dalam Matematik. Tanpa jantung, mustahil manusia akan hidup. Dalam Matematik, tanpa kuasai sifir mustahil murid akan dapat skor yang baik. Nak lulus pun belum pasti. Sifir merupakan satu perkara asas yang perlu dihafal oleh murid untuk menguasai Matematik.

Pelbagai cara sudah dilakukan tetapi tetap sukar untuk hafal sifir. Walaupun sudah hafal, kadangkala sekejap sahaja lupa balik.

Nak hafal sifir pun ada caranya. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 10 tips hafal sifir yang paling mudah.

TIPS HAFAL SIFIR PALING MUDAH

1) Cari Tempat Yang Tenang Dan Tidak Bising

Tips pertama dalam menghafal sifir dengan mudah adalah cari tempat yang tenang dan tidak bising. Penghafalan sifir ini memerlukan otak kita bekerja dan proses mengingati nombor tidak sama dengan kita mengingati ayat.

Cari tempat yang sunyi, bawa senarai sifir yang hendak dihafal bersama dan cuba hafal secara perlahan-lahan.

10 Tips Hafal Sifir Yang Paling Mudah

2) Buat Jadual Semak Hafalan Sifir

Jadual semak hafalan sifir ini sangat bagus untuk memantau hafalan anak-anak/ murid-murid. Tetapkan satu due date untuk setiap sifir. Contohnya satu minggu pastikan mereka selesai satu sifir. Jika mereka berjaya, tanda tangan atas jadual yang disediakan.

10 Tips Hafal Sifir Yang Paling Mudah

Bila dah selesai hafal semua, berilah ganjaran sebagai pembakar semangat anak-anak, pasti lagi cepat mereka nak habiskan hafal sifir tersebut.

3) Baca Dengan Kuat & Berulang Ulang

Cuba ajak anak ke satu bilik yang sunyi, dan suruh mereka baca sifir dengan kuat. Kadangkala bila kita baca dengan kuat, kita akan mudah ingat sesuatu itu. Nak lagi mudah untuk anak hafal, cuba kumpulkan semua ahli keluarga dan suruh mereka baca sifir kuat-kuat di hadapan semua orang.

Cabar mereka untuk baca di hadapan semua orang tanpa melihat sifir. Pasti mereka tercabar dan lama-kelamaan pasti mereka boleh hafal.

10 Tips Hafal Sifir Yang Paling Mudah

4) Pejam Mata Atau Tutup Buku Dan Cuba Baca

Bagi masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk anak hafal sifir. Selepas itu, suruh mereka pejam mata atau tutup buku dan cuba baca sifir yang mereka hafal. Sambil itu, jika mereka salah baca, anda betulkan.

Buat berulang kali sampai anak hafal sepenuhnya tanpa melihat buku atau sambil pejam mata.

10 Tips Hafal Sifir Yang Paling Mudah

5) Baca Dan Hafal Dalam Hati

Setelah baca dengan kuat berulang kali dan boleh hafal walaupun sedikit ketika pejam mata, cuba pula baca dan hafal dalam hati. Biarkan anak luangkan masa bersama buku sifir dan suruh mereka hafal sifir. Buat berulang kali, pasti berjaya.

Cabar anak hafal dalam hati sambil pejam mata pula. Jika mereka sudah yakin, suruh mereka baca sifir tanpa lihat buku di hadapan anda.

6) Cari Pasangan/ Kawan Untuk Sama-Sama Hafal

Bila dah jumpa kawan-kawan semangat dan motivasi untuk buat sesuatu itu pastinya berlainan. Cuba cari kawan anak untuk suruh mereka hafal sifir bersama-sama.  Seorang baca, seorang lagi semak kemudian saling bertukar peranan.

10 Tips Hafal Sifir Yang Paling Mudah

Bila anak semak, dia akan alert dengan jawapan rakan mereka. Bila dia yang baca, dia akan alert dengan jawapan sendiri. Kemudian panggil dua-dua ke hadapan dan baca seorang demi seorang.

7) Hafal Separuh Dahulu

Jangan hafal terus kesemuanya sekaligus, nanti mereka akan keliru dan tersalah. Lebih sukar untuk anak-anak ingat dan mudah bercelaru nanti. Hafal dulu separuh daripada sifir contohnya hafal dahulu 1×6 = 6 hingga 5×6 = 20.

Pastikan mereka betul-betul ingat separuh itu dulu sebelum sambung pula 6×6 = 36 hingga 9×6 = 27

8) Terus Buat Latihan Sebaik Mula Ingat Sifir

Sediakan satu latihan sifir yang sesuai untuk anak-anak. Bila mereka sudah mula ingat sifir, suruh mereka buat latihan pengukuhan. Ini contoh latihan yang boleh anda gunakan.

10 Tips Hafal Sifir Yang Paling Mudah

9) Tulis Sifir Besar-Besar Dan Tampal Pada Tempat Yang Senang Anak Lihat

Tampal sifir yang anda tulis sendiri atau print pada tempat yang senang anak lihat. Contohnya di bawah alas meja bacaan mereka atau boleh tampal saja pada dinding atau peti sejuk. Cukup satu atau dia sifir sahaja dulu. Sebaik dah benar-benar kuasai dan hafal baru tukar nota sifir seterusnya pula.

10 Tips Hafal Sifir Yang Paling Mudah

10) Sediakan Rotan

Tips ini mungkin antara yang paling berkesan tetapi tidak semua ibu bapa sanggup menggunakannya. Mungkin sudah lama orang gunakannya, tapi masih berkesan sampai hari ini. Letak rotan di sebelah, tunggu anak baca dan hafal.

10 Tips Hafal Sifir Yang Paling Mudah

InsyaAllah, setengah jam saja mereka pasti ingat. Walau baca dan hafal dalam linangan air mata, ilmu yang mereka dapat itu bermanfaat dan diguna selama-lamanya.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa atau guru-guru dalam memudahkan anak-anak menghafal sifir.

Walaubagaimanapun, pilihan terakhir iaitu rotan itu janganlah gunakan sekerasnya. Gunakan hanya sebagai pembakar semangat untuk anak menghafal. Selamat mencuba!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma