Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave • Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •

Tiada Pemotongan Bekalan Elektrik Jika Terlewat Bayar Dilanjutkan Sehingga Jun 2021

Oleh Cikgu Shaari • May 25, 2021 • 2 min baca

Tiada Pemotongan Bekalan Elektrik Jika Terlewat Bayar Dilanjutkan Sehingga Jun 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) untuk membantu mengurangkan bil elektrik rakyat terutamanya pengguna domestk.

Bagi mengurangkan beban peningkatan bil elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengecualian pemotongan bekalan elektrik jika terlewat bayar dilanjutkan lagi. Pengguna yang terlewat bayar bil elektrik bulanan tidak akan dikenakan potongan bekalan elektrik sehingga tempoh yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengecualian pemotongan bekalan elektrik.

TIADA PEMOTONGAN BEKALAN ELEKTRIK

Kerajaan bersetuju melanjutkan inisiatif tiada pemotongan bekalan elektrik kepada pengguna domestik di Semenanjung dan Sabah yang mempunyai tunggakan kurang dari enam bulan bagi tempoh:

  • 1 Januari hingga 31 Mac 2021 DILANJUTKAN sehingga 30 Jun 2021

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pelaksanaan tersebut setelah mengambil kira keperluan meneruskan usaha membantu rakyat dalam suasana ekonomi yang mencabar berikutan impak berpanjangan pandemik Covid-19.

Iniaitif kerajaan itu dilakukan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

SYARAT PENGECUALIAN POTONGAN BEKALAN ELEKTRIK

Bekalan Elektrik pengguna tidak akan dipotong sekiranya terlewat bayar sehingga 30 Jun 2021 dengan syarat:

  • Tidak mempunyai tunggakan melebihi 6 bulan

PEMBAYARAN BIL ELEKTRIK SECARA ANSURAN

Kategori pengguna ini juga akan diberikan kemudahan untuk membuat pembayaran bil elektrik secara ansuran selama enam bulan mulai:

  • 1 Januari hingga 30 Jun 2021

Baca: Cara Semak Jumlah Bayaran Ansuran Bil Elektrik

Bagaimanapun, pengguna lain boleh berunding dengan pihak TNB dan SESB untuk membuat pembayaran secara ansuran bagi mengelakkan pemotongan bekalan elektrik sebagaimana diumumkan sebelum ini.

Baca juga: Cara Bayar Bil Elektrik Secara Online Melalui JomPAY Yang Ramai Tak Tahu

Jangan risau, TNB telah menetapkan bahawa tiada caj tambahan akan dikenakan terhadap pengguna sepanjang tempoh ansuran ini. Ini bermaksud, anda boleh bayar ikut kemampuan semasa anda  tanpa perlu bimbang ada caj tambahan dikenakan.

Baca: Cara Semak Jumlah Bil Elektrik Kena Bayar, Tak Perlu Daftar Akaun

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.