Dah Boleh Renew Roadtax Di PUSPAKOM, Ini Cara Buat Temujanji Online Untuk Urusan Lebih Cepat

Berita baik buat orang ramai! Mulai 1 September 2021, anda boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan di Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM terdekat anda kecuali Taman Daya, Sabah & Sarawak.

Anda diminta untuk lakukan temujanji secara online terlebih dahulu sebelum hadir terus ke PUSPAKOM untuk urusan yang lebih mudah dan cepat. Untuk urusan di kaunter JPJ, anda juga boleh buat temujanji online setiap cawangan JPJ.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara buat temujanji online untuk perbaharui cukai jalan kenderaan di PUSPAKOM.

Baca juga: Cara Buat Temujanji Online Untuk Urusan JPJ Di Pejabat POS. Lebih Cepat, Tak Perlu Beratur Panjang

URUSAN DI PUSPAKOM

Orang ramai boleh berurusan di PUSPAKOM bagi pelbagai perkhidmatan berikut:

  • Periksa Kenderaan
  • Perbaharui Insurans
  • Perbaharui Cukai Jalan

PEMBAHARUAN CUKAI JALAN

Anda boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan bagi kategori kenderaan berikut di Pusat Pemeriksaan kami (hanya di Semenanjung Malaysia sahaja kecuali Taman Daya) bermula 1 September 2021 :

  • Kenderaan Perdagangan Decontrolled 7,500 kg ke bawah (tidak termasuk kenderaan berpermit seperti bas sekolah, teksi dan lain-lain)
  • Kenderaan Persendirian kecuali motosikal dan e-hailing

CARA BUAT TEMUJANJI ONLINE PUSPAKOM

Berikut adalah panduan buat temujanji online untuk urusan di PUSPAKOM:

  1. Pergi ke laman https://lkm-appointment.puspakom.com.my/
  2. Pilih negeri anda
  3. Pilih daerah terdekat anda
  4. Pilih tarikh temujanji yang anda mahu. Pastikan anda ada kelapangan pada tarikh yang dipilih.
  5. Pilih masa yang sesuai dengan kelapangan anda
  6. Masukkan nama, alamat emel, nombor telefon dan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan
  7. Klik Book untuk sahkan temujanji anda

Siap! Anda akan menerima pengesahan temujanji melalui emel yang didaftarkan. Pastikan anda simpan slip temujanji dan bawa bersama dokumen lengkap untuk berurusan nanti.

Dah Boleh Renew Roadtax Di PUSPAKOM, Ini Cara Buat Temujanji Online Untuk Urusan Lebih Cepat

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma