Daftar Temuduga Terbuka Hartalega. 1100 Kekosongan Jawatan Buat Lepasan SPM Dengan Gaji Sehingga RM2,400
Anda ada kelayakan SPM dan sedang mencari peluang pekerjaan dengan pendapatan yang lumayan? Hartalega NGC SDN BHD kini mempelawa orang ramai dengan kelayakan SPM dan berumur 18 tahun ke atas ikuti temuduga terbuka yang akan diadakan di Sepang, Selangor.
Sebanyak 1100 kekosongan jawatan dibuka untuk diisi. Calon yang sertai temuduga juga berpeluang untuk menerima Elaun Mencari Pekerjaan sehingga RM700! Pastikan anda buat pendaftaran sebelum hadir ke temuduga.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut temuduga ditawarkan dan cara buat pendaftaran.
Isi Kandungan
MAKLUMAT TEMUDUGA
- Nama majikan: Hartalega NGC SDN BHD
- Tarikh temuduga: AKAN DIMAKLUMKAN
- Masa temuduga: AKAN DIMAKLUMKAN
- Lokasi temuduga: Sepang, Selangor
- Gaji ditawarkan: Gaji kasar sehingga RM2,400 sebulan (termasuk elaun syif + OT)
- Tarikh tutup pendaftaran: 27 Januari 2022 (Khamis)
SENARAI JAWATAN
1100 kekosongan jawatan yang ditawarkan adalah meliputi jawatan berikut:
- Pembantu Operasi
- Inspektor
- Pekerja Am
- Pembantu Store
FAEDAH DITAWARKAN
Calon yang berjaya mendapat penempatan kerja akan menerima manfaat berikut:
- Kemudahan Asrama dan Pengangkutan disediakan
- Elaun Shift dan Kehadiran
- Kenaikan Gaji dan Bonus Tahunan
- Caruman KWSP & PERKESO
- Insurans & Perubatan Percuma
INSENTIF ELAUN MENCARI PEKERJAAN
Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:
- RM300 x 2 bulan
Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima:
- RM400 secara one-off
CARA DAFTAR
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan ingin hadir temuduga terbuka seperti yang diiklankan, pastikan anda buat pendaftaran sebelum 27 Januari 2022. Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program temuduga terbuka yang ditawarkan, anda boleh hubungi Pn Nurul di talian 016 320 5241.