Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Panggilan Temuduga Terbuka Demasiswa Zakat B40 Buat Lepasan SPM, Elaun Bulanan RM500 Diberi

Oleh Cikgu Shaari • February 1, 2023 • 2 min baca

Panggilan Temuduga Terbuka Demasiswa Zakat B40 Buat Lepasan SPM, Elaun Bulanan RM500 Diberi
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa ibu bapa dan pelajar lepasan SPM 2021 menghadiri temuduga terbuka bagi memohon Dermasiswa Zakat B40 ambilan Februari 2023 tajaan MAIWP. Jangan lepaskan peluang ini! Pelajar yang layak akan menerima biasiswa dan elaun sara diri yang diberikan sepanjang tempoh pengajian.

Pastikan anda hadir ke temuduga terbuka pada tarikh dan masa ditetapkan. Pemohon diminta lengkapkan borang pendaftaran secara online sebelum hadir dan bawa bersama dokumen-dokumen yang dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut panggilan temuduga Dermasiswa Zakat B40 ambilan Februari 2023.

MAKLUMAT TEMUDUGA

Calon berkelayakan dijemput bagi menghadiri temuduga terbuka pada ketetapan berikut:

  • Tarikh: 4 Februari 2023 (Sabtu)
  • Masa: 9 pagi hingga 5 petang
  • Tempat: Dewan Seminar Aras 1, Bangunan Perkim, Kuala Lumpur

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran Biasiswa Dermasiswa Zakat B40 tajaan MAIWP ini adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Pelajar islam B40
  • Bermastautun di Wilayah persekutuan sahaja
  • Terbuka kepada lepasan SPM yang berkelayakan
  • Biasiswa dan elaun sara diri bulanan RM500 diberikan sepanjang tempoh pengajian

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pemohon diminta untuk membawa dokumen berkenaan semasa sesi temuduga :

  • Salinan Sijil SPM
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Slainan Slip Pendapatan Ibu dan Bapa

PANDUAN PENDAFTARAN

Sebelum hadir ke sesi temuduga, pastikan anda buat pendaftaran dengan melengkapkan borang permohonan di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan temuduga terbuka yang ditawarkan, anda boleh hubungi talian 0164246529.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.