Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Ini Cara Pengiraan & Bayaran Fidyah Secara Online. Tak Sempat Ganti Puasa Wajib Bayar

Oleh Cikgu Shaari • February 1, 2023 • 3 min baca

Ini Cara Pengiraan & Bayaran Fidyah Secara Online. Tak Sempat Ganti Puasa Wajib Bayar
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Individu islam yang meninggalkan puasa kerana  uzur WAJIB untuk qada’ puasa tersebut sebelum bermula Ramadhan yang akan datang. Sekiranya anda mempunyai alasan tertentu dan tidak sempat menghabiskan qada’ puasa, anda perlulah perlulah membayar fidyah.

Fidyah merupakan denda ke atas individu Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti bulan Ramadhan.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB dan ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya ia tidak dibayar, ia ibarat satu hutang kepada Allah Taala. Jadi sesiapa pun tidak sepatutnya mengambil ringan hal ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk cara membuat pengiraan fidyah yang perlu di bayar dan cara membuat bayaran secara online.

DI MANA BOLEH BAYAR FIDYAH?

Fidyah boleh dibayar secara terus kepada fakir miskin atau menerusi Pejabat Zakat atau Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk memudahkan anda, bayaran fidyah juga boleh dibayar secara online melalui e-zakat atau mengikut bank tertentu.

CARA BAYAR FIDYAH SECARA ONLINE

1. Tetapkan Negeri Anda

Kadar bayaran fidyah adalah berbeza bagi setiap negeri. Rujuk laman web Pejabat Agama Negeri untuk mendapatkan nilai secupak beras untuk negeri anda. Kebiasaannya kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah secupak beras dan nilai secupak beras itu akan ditukar dalam bentuk RInggit Malaysia.

2. Buat Kiraan

Buat kiraan jumlah fidyah yang perlu anda bayar berdasarkan hari yang anda tinggal puasa. Contohnya seperti Lembaga Zakat Selangor menetapkan nilai secupak beras adalah RM1.80. Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Jadi sekiranya anda tinggal puasa selama 3 hari, maka kadar bayaran fidyah adalah:

  • RM1.80 (1cupak) x 3 hari = RM5.40

Jika anda ada melangkau tahun pula contohnya anda tidak berpuasa selama 3 hari pada tahun 2017 dan anda ingin menggantikan puasa serta membayar fidyah pada tahun 2020, fidyahnya adalah seperti berikut:

  • RM1.80 (1cupak) x 3 tahun x 3 hari = RM16.20

Cara Pengiraan & Bayaran Fidya Melalui Online. Hijabi Yang Tak Sempat Ganti Puasa Wajib Bayar

3. Buat Bayaran

i. Secara tunai
Boleh dilakukan di pejabat agama atau pejabat zakat negeri masing-masing atau melalui wang pos.

ii. Secara Online
Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri dan Maybank2u

4. Cara Bayar Guna Maybank2u

Login ke akaun Maybank2u anda seperti biasa.

  1. Klik ‘Bill Payment’ dan klik pada ‘Make A One-Off Payment’
  2. Klik ‘Zakat & Charity’
  3. Pilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah Negeri masing-masing
  4. Pilih ‘Fudyah’
  5. Masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar mengikut kiraan.

Tetapi ia bergantung juga kepada jenis bank atau negeri. Kemungkinan sesetengah negeri tidak mengaktifkan akaun mereka untuk membayar fidyah secara online.

Mudah kan? Bayaran fidyah akan digandakan apabila tiba Ramadhan seterusnya, manakala bilangan hari puasa ganti kekal.

Sekarang telah banyak kemudahan yang disediakan untuk kita memudahkan urusan. Jadi, cepat-cepatlah tunaikan mana-mana yang masih tertunggak. Jadi, jangan bertangguh lagi!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.