Temuduga Walk In Jawatan Tetap Di PHN PROTON, Minima PMR/ Setaraf Boleh Mohon

PHN (Proton Hicom Nagoya) Industry Sdn Bhd kini membuka peluang pekerjaan untuk anda yang berminat untuk menyertai industri automotif! PHN mempelawa warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan untuk menghadiri temuduga secara walk in di lokasi yang dinyatakan.

Bagi yang berminat, anda hanya perlu isi borang permohonan secara online dan bawa dokumen berkaitan ke temuduga di lokasi yang ditetapkan pada tarikh dan masa yang dimaklumkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran temuduga di PHN bagi kemasukan segera.

JENIS JAWATAN

PHN PROTON membuka peluang mengisi kekosongan bagi kemasukan segera jawatan berikut:

  • Operator
  • Quality Inspector
  • Welder

FAEDAH DITAWARKAN

Antara faedah menarik yang ditawarkan kepada calon yang berjaya mendapat penempatan kerja di PHN PROTON adalah:

  • Gaji kasar mencecah RM1,800++
  • Elaun – makan, dobi, kedatangan, syif malam, pengangkutan
  • Faedah perubatan
  • Caruman KWSP & PERKESO
  • Cuti – Tahunan, Sakit, Ehsan, Bersalin
  • Hari Sabtu Kadar OT 2.0
  • Diskaun 7.5% kereta PROTON

SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan berikut adalah dipelawa untuk mohon jawatan ditawarkan dan hadir temuduga:

  • Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
  • Minima PMR & Setaraf
  • Tidak rabun warna
  • Tiada atau dengan pengalaman Industri Automotif
  • Telah lengkap divaksin melepasi 14 hari
  • Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dibawa semasa sesi temuduga:

  • Salinan Sijil Pendidikan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Resume

LOKASI DAN WAKTU TEMUDUGA WALK IN

Individu yang berminat dengan jawatan ditawarkan dan berkelayakan, anda boleh hadir bersama dokumen dinyatakan di atas ke lokasi dan pada masa berikut:

  • Selasa – Rabu: 10 pagi – 3 petang
  • Setiap hari Jumaat: 3 petang – 5.30 petang

Lokasi:

  • PHN Industry Sdn Bhd (PHN TGM 2)
    Lot No.2, Jalan Jelawai, Proton City,
    35950 Behrang Station, Tanjung Malim,
    Perak Darul Ridzuan

Anda juga boleh buat permohonan untuk temuduga di PHN Shah Alam, Bukit Beruntung, Tanjung Malim, Melaka atau Pekan. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara online di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi En Tajul di talian 017 952 3741/ Cik Azlin di talian 017 422 2811/ Pn Ruzy di talian 018 664 7963.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma