Kaedah Temuduga & Kriteria Penilaian Pengambilan Khas Guru SPP Secara One-Off
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang membuka pengambilan khas guru secara one-off secara besar besaran buat graduan di seluruh negara! Jangan lepaskan peluang ini, graduan yang berminat nak jadi guru boleh mula mohon sekarang.
Untuk makluman anda, pihak SPP dalam satu sesi Webinar hari ini telah kongsikan beberapa maklumat berkenaan kaedah temuduga dan kriteria penilaian temu duga pengambilan khas guru nanti.
Calon yang buat permohonan dah boleh bersedia dengan kaji dulu kaedah dan kriteria penilaian temu duga nanti.
Isi Kandungan
PERMOHONAN CALON GURU
- Permohonan melalui portal Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP); dan
- Mengemukakan dokumen temu duga ke emel yang ditetapkan
- Sebelum tarikh tutup yang ditetapkan pada 21 Julai 2021 jam 11.59 malam
Baca: Panduan Lengkap buat Permohonan Pengambilan Khas Guru Langkah Demi Langkah
HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA
Hebahan panggilan temuduga pada tarikh yang akan ditetapkan nanti akan dimaklumkan seperti berikut:
- Hebahan akan dibuat di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan media sosial
- Calon-calon yang layak akan menerima pautan “meeting number”, kata laluan, tarikh, masa dan opsyen yang akan ditemu duga
- Calon-calon yang tidak layak disebabkan gagal melepasi tapisan juga akan dimaklumkan
KAEDAH TEMUDUGA
Temuduga bagi calon yang disenarai pendek akan dilaksanakan seperti berikut:
- Sesi temu duga akan diadakan secara atas talian (video conferencing)
- Menggunakan aplikasi Cisco Webex
- Temu duga akan dibuat secara berkumpulan (5 – 7 orang calon)
- Panel temu duga terdiri daripada Ahli Suruhanjaya dan Wakil Jabatan
- Tempoh sesi temu duga dalam satu jam
KRITERIA PENILAIAN
Calon yang ditemu duga akan dinilai dari beberapa kriteria berikut:
- Keterampilan diri dan sikap
- Keupayaan berfikir dan berkomunikasi
- Pengetahuan am dan isu semasa pendidikan
- Pengetahuan bidang tugas/ Ikhtisas
PERSEDIAAN CALON
Antara persediaan yang perlu calon lakukan untuk hadapi temu duga pengambilan khas guru SPP adalah:
- Semakan panggilan temu duga
- Perkakasan
- Talian Internet
- Aplikasi Cisco Webex
Semoga perkongsian ini dapat memberi gambaran kepada calon yang telah buat permohonan untuk hadapi temu duga nanti. Calon dinasihatkan untuk buat persediaan seawal mungkin supaya temu duga akan berjalan lancar nanti.