Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Macam Mana Nak Tahu Permohonan I-Citra Telah Berjaya Dihantar? Ini Penjelasan KWSP

Oleh Cikgu Shaari • July 13, 2021 • 2 min baca

Macam Mana Nak Tahu Permohonan I-Citra Telah Berjaya Dihantar? Ini Penjelasan KWSP
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini telah memberi kesusahan kepada orang ramai dari segi kewangan kerana ramai orang tidak dapat bekerja seperti biasa dan ada juga yang kehilangan pekerjaan. Bukan sahaja pekerja, ramai juga majikan yang terpaksa gulung tikar.

Sejak permohonan i-Citra KWSP dibuka pada 12 Julai 2021, ramai Ahli telah buat permohonan dan pastinya mengharapkan bayaran dibuat secepat mungkin. Namun, pastikan anda buat permohonan i-Citra mengikut langkah yang betul agar tidak membuat sebarang kesilapan.

Setiap Ahli yang dah buat permohonan perlu pastikan permohonan yang dibuat betul-betul telah BERJAYA dihantar. Kegagalan pemohon HANTAR permohonan dengan jayanya akan menyebabkan wang pengeluaran tidak akan berlaku.

Macam mana nak tahu permohonan telah berjaya dihantar atau tidak? Baca penjelasan KWSP di perkongsian bawah.

Baca juga: Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP Langkah Demi Langkah

PERMOHONAN YANG TELAH BERJAYA DIHANTAR

Seperti yang dimaklumkan oleh pihak KWSP, permohonan anda telah DITERIMA jika:

  • Laman TERIMA KASIH terpapar dalam laman permohonan seperti berikut:

Jika anda telah buat permohonan dan terima paparan seperti di atas, anda telah berjaya hantar permohonan dan permohonan anda akan mula diproses oleh pihak KWSP.

SIMPAN REKOD PERMOHONAN

Pastikan anda SIMPAN rekod permohonan untuk rujukan di masa akan datang! Jangan lupa tekan SIMPAN REKOD PERMOHONAN seperti berikut:

Macam Mana Nak Tahu Permohonan I-Citra Telah Berjaya Dihantar? Ini Penjelasan KWSP

Berikut adalah panduan muat turun rekod permohonan yang telah disimpan tadi untuk rujukan akan datang:

Macam Mana Nak Tahu Permohonan I-Citra Telah Berjaya Dihantar? Ini Penjelasan KWSP

Untuk buat permohonan i-Citra tanpa sebarang masalah, anda boleh IKUT LANGKAH INI.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan i-Citra, anda boleh layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Hotline i-Citra di 03 8922 4848.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.