Daftar Temuduga Online Industri Peruncitan, Terima Elaun Mencari Kerja RM700

Panggilan buat para pencari kerja yang masih menganggur dan berminat nak bekerja dalam industri peruncitan! Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Pejabat PERKESO Negeri Perak akan mengadakan temuduga khas industri peruncitan bagi membantu pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan dan mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh pelbagai majikan.

Pencari kerja yang berminat nak ikuti temuduga secara online ini boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu sebelum hari temuduga. Temuduga secara online akan dilaksanakan pada 14 April 2022 melalui medium cisco webex..

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kerja yang ditawarkan dan cara buat pra-pendaftaran

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Karnival Kerjaya Industri Peruncitan 1.0
  • Anjuran: Anjuran Pejabat PERKESO Negeri Perak
  • Tarikh: 14 April 2022
  • Masa: 8 pagi hingga 3 petang
  • Medium: Cisco Webex

SENARAI MAJIKAN TERLIBAT

Antara majikan yang terlibat dalam menawarkan jawatan kosong adalah:

  • AEON CO. (M) BHD.
  • RESTORAN TOK MAT
  • TF VALUEMART SDN BHD
  • 99 SPEEDMART SDN BHD
  • MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD
  • TFP RETAIL SDN BHD
  • HTM PHARMACY SDN BHD
  • MINI MARKET DESA RISHAH
  • AEON BIG (M) SDN. BHD
  • 7 ELEVEN MALAYSIA SDN BHD
  • PASARAYA BORONG SAKAN SDN. BHD.
  • BILLION MART (JELAPANG) SDN. BHD.

ELAUN MENCARI PEKERJAAN

Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:

  • RM300 x 2 bulan

Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima:

  • RM400 secara one-off

Rujuk: Panduan Pendaftaran Elaun Mencari Pekerjaan

CARA DAFTAR

Pencari kerja yang berminat untuk sertai karnival kerjaya Industri Peruncitan tersebut boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu sebelum hari temuduga. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran online berikut

Borang ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat pra-pendaftaran calon yang akan menghadiri temuduga. Pautan temuduga akan dihantar kepada calon melalui email.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Cik Sharifah di talian 019 6437352.

SENARAI JAWATAN

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma