Tersilap Isi Borang Cukai? Ini Cara Buat Permohonan Pindaan Secara Online

BY Cikgu Shaari // 12.04.2022 // 2 min baca

Tersilap Isi Borang Cukai? Ini Cara Buat Permohonan Pindaan Secara Online
VISUAL.ARCHIVE // 2022

Tersilap isi borang cukai? Jangan risau, tahu tak sebenarnya anda boleh buat permohonan pindaan secara online dengan mudah! Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memperkenalkan e-Permohonan Pindaan BE yang boleh diakses mulai 1 April 2022 melalui e-Filing untuk memberi kemudahan pembayar cukai membuat permohonan pindaan.

Aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara dalam talian. BNCP yang disediakan dalam e-Filing.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat permohonan pindaan jika tersilap hantar borang cukai.

KES BAGI PERMOHONAN PINDAAN

Pindaan boleh dilakukan melalui platform e-Filing dan pembayar cukai boleh mengemukakan pindaan secara online hanya bagi kes-bes berikut sahaja:

  • Terlebih lapor pendapatan
  • Terkurang tuntut pelepasan cukai atau rebat cukai

Rujuk: Panduan Terkini Cara Isi eFiling Cukai Pendapatan LHDN ezHasil

CARA BUAT PERMOHONAN PINDAAN BE

Permohonan bagi pindaan borang cukai boleh dilakukan secara online melalui platform e-Filing. Layari laman web berikut untuk buat permohonan pindaan:

Setelah permohonan pindaan dibuat, anda hanya perlu tunggu maklumat LHDN dan tunggu bayaran balik lebihan cukai yang dibuat atau bayaran balik kadar yang terkurang bayar.

Untuk maklumat lanjut mengenai e-permohonan pindaan BE, anda boleh terus ke laman web rasmi https://ez.hasil.gov.my/.

Baca juga: Terlupa Kata Laluan e-Filing? Ini 3 Cara Reset Kata Laluan e-Filing

AUTHOR_PROFILE

Cikgu Shaari

Masa Tidak Menunggu Sesiapa.

JANGAN JADI
BIASA.