Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka Selama 6 Bulan Sehingga 30 Jun 2021

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak.

Tarikh permohonan bagi 2 kategori juga telah diberitahu. Namun individu yang berhasrat untuk buat permohonan tidak perlu mengejar untuk buat permohonan pada tarikh yang dibuka sahaja kerana permohonan adalah dibuka dalam tempoh lebih daripada sebulan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tempoh permohonan i-Sinar KWSP.

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA

Tarikh permohonan i-Sinar dibuka adalah seperti berikut:

  • Kategori 1: 21 Disember 2020
  • Kategori 2: 11 Januari 2021

Tidak tahu anda dalam kategori mana?

Rujuk: Kriteria Kelayakan Kategori 1 dan Kategori 2

PERMOHONAN DIBUKA 6 BULAN

Sekiranya anda tergolong dalam golongan yang terjejas dan memerlukan bantuan i-Sinar, anda tidak perlu risau kerana permohonan adalah dibuka selama 6 bulan bermula 21 Disember 2020 ini iaitu sehingga:

  • Tarikh Tutup Permohonan i-Sinar: 30 Jun 2021

Tak perlu bersesak di laman web atau di kaunter KWSP untuk mengemukakan permohonan pada satu tarikh sahaja. Anda boleh kemukakan bila-bila masa sahaja bermula 21 Disember 2020 kerana permohonan akan tamat pada 30 Jun 2021. Dengan tempoh yang diberikan ini, anda bolehlah merancang pengeluaran anda sebaiknya.

Tak tahu jumlah pengeluaran yang dibenarkan berdasarkan baki simpanan Akaun 1 anda?

Rujuk: Jumlah Pengeluaran i-Sinar KWSP Berdasarkan Baki Simpanan Akaun 1 KWSP

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka Selama 6 Bulan Sehingga 30 Jun 2021

Menurut makluman pihak KWSP, mereka akan cuba sebaik mungkin untuk memudahkan urusan kelulusan i-Sinar pemohon. Pemohon yang betul-betul layak akan mendapat kelulusan secara automatik.

Baca: Pemohon i-Sinar Yang Layak mendapat Kelulusan Automatik

TARIKH BAYARAN i-SINAR

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa:

  • Dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat
  • Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi

CARA MEMOHON

Untuk makluman anda, permohonan i-Sinar boleh dilakukan secara dalam talian bermula tarikh yang ditetapkan mengikut kategori. Permohonan boleh dilakukan di laman berikut:

Memandangakan tempoh permohonan adalah selama 6 bulan, anda disarankan untuk membuat perancangan pengeluaran sebaiknya. Semak baki Akaun 1 KWSP anda sekarang secara online bagi memudahkan urusan pengeluaran nanti.

Sekiranya anda tiada dokumen sokongan untuk permohonan, jangan risau kerana anda masih layak membuat permohonan. Baca DI SINI untuk cara buat permohonan tanpa dokumen.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma