i-Sinar: Tempoh Diambil Untuk Kelulusan & Duit Masuk Bagi Permohonan Baru i-Sinar
Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, permohonan pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP melalui program i-Sinar bagi kategori 1 dan 2 adalah dibuka selama 6 bulan iaitu bermula Januari hingga Jun 2021. Bagi yang masih belum buat permohonan dan memerlukan pengeluaran wang simpanan, jangan terburu-buru.
Orang ramai dinasihatkan untuk buat perancangan kewangan sebaiknya sebelum mengambil keputusan untuk pengeluaran i-Sinar. Permohonan i-Sinar boleh dibuat bila-bila masa sahaja sehingga Jun. Bagi setiap permohonan baru, tempoh untuk mendapat kelulusan dan duit masuk ke akaun masing-masing telah ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui berapa hari masa diambil untuk mendapat kelulusan selepas membuat permohonan baru i-Sinar.
Isi Kandungan
TEMPOH PEMBAYARAN INTERIM
KWSP telah menetapkan bahawa setiap permohonan kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 ketika menunggu kelulusan permohonan i-Sinar. Ini bermaksud, bayaran pendahuluan tersebut akan diberi kepada pemohon sebelum tahu status kelulusan. Baca selanjutnya mengenai bayaran interim DI SINI.
Selepas buat permohonan baru i-Sinar, bila bayaran interim akan dikreditkan ke akaun bank? Pekreditkan amaun ke akaun bank adalah dalam masa:
- 1 hingga 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank anda (Pindahan dari KWSP ke Bank)
- 7 hari bekerja dari tarikh permohonan anda diterima (Bayaran interim kepada pemohon)
TEMPOH SEMAKAN KELULUSAN
Dari tarikh permohonan dibuat, bila pemohon boleh semak kelulusan permohonan? Untuk makluman anda, setiap permohonan yang telah berjaya dihantar, anda boleh mula menyemak status permohonan pada:
- Selepas 21 HARI bekerja daripada tarikh permohonan dibuat
Ini bermaksud, KWSP akan memproses permohonan anda dalam masa 21 hari bekerja. Sambil menunggu keputusan kelulusan, anda layak menerima bayaran interim yang akan dikreditkan terus ke akaun bank. Selepas 21 hari permohonan dibuat anda boleh mula buat SEMAKAN PERMOHONAN i-SINAR.
Baca juga: Status i-Sinar: Penjelasan Maksud Setiap Warna Status Permohonan i-Sinar Anda
TEMPOH BAYARAN PERTAMA I-SINAR
Bila dah semak kelulusan permohonan, dan LULUS permohonan, bila pula bayaran akan dibuat ke akaun bank pemohon? Pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank anda mengikut JADUAL PEMBAYARAN i-SINAR akan dibuat dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas mendapat kelulusan permohonan.
Walaubagaimanapun, tarikh bayaran akan dibuat dipaparkan semasa membuat semakan status seperti berikut:
Bagi penerima bulanan i-Lestari, anda dah boleh semak JADUAL BAYARAN i-LESTARI FEBRUARI 2021 sekarang. Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.