Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

i-Citra: Berapa Hari Diambil Untuk Dapat Bayaran Lepas Buat Permohonan Baru i-Citra? Ini Jawapannya

Oleh Cikgu Shaari • July 30, 2021 • 2 min baca

i-Citra: Berapa Hari Diambil Untuk Dapat Bayaran Lepas Buat Permohonan Baru i-Citra? Ini Jawapannya
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra di bawah Pakej PEMULIH. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran secara bulanan.

Seperti dimaklumkan, permohonan i-Citra adalah dibuka sepanjang masa sehingga 30 September 2021. Ahli yang ingin buat permohonan tidak perlu terburu-buru kerana permohonan boleh dibuat mengikut kesesuaian masa Ahli.

Bagi yang dah buat permohonan sejak hari pertama dibuka iaitu 12 Julai 2021, bayaran akan dibuat mulai 2 Ogos 2021. Bila pula bayaran akan dibuat bagi yang mohon selepas ini?

TEMPOH PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Permohonan i-Citra boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tempoh berikut:

  • 12 Julai hingga 30 September 2021

TEMPOH KELULUSAN & TARIKH BAYARAN LEPAS BUAT PERMOHONAN

Pasti ramai yang nak tahu kan berapa tempoh hari diambil untuk dapat kelulusan dan bila bayaran akan dibuat lepas buat permohonan baru?

Untuk makluman anda, TEMPOH KELULUSAN adalah:

  • Dalam masa 5 selepas buat permohonan

Bayaran pertama pula dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada:

  • 2 minggu selepas permohonan dihantar

Contoh Situasi

Contohnya situasi seorang Ahli KWSP yang telah buat permohonan i-Citra baru-baru ini, permohonan telah dibuat seperti berikut:

  • Tarikh permohonan: 27 Julai 2021
  • Permohonan diluluskan: 30 Julai 2021
  • Tarikh jangkaan bayaran: 12 Ogos 2021

i-Citra: Berapa Hari Diambil Untuk Dapat Bayaran Lepas Buat Permohonan Baru i-Citra? Ini Jawapannya

Anda juga boleh buat semakan tarikh bayaran masing-masing dan jumlah bulanan yang akan diterima melalui i-Akaun.

Rujuk: Cara Semak Tarikh Bayaran i-Citra & Amaun Diterima Setiap Bulan

PERMOHONAN BARU i-CITRA & SEMAKAN STATUS

Bagi yang masih belum pernah buat permohonan, anda boleh buat sekarang melalui laman web rasmi icitra.kwsp.gov.my dengan ikut langkah berikut:

Pastikan anda buat permohonan ikut langkah yang betul untuk mengelakkan berlaku kesilapan. Tiada sebarang pindaan dibenarkan setelah buat permohonan.

Rujuk: Semak Syarat Kelayakan Pengeluaran i-Citra KWSP & Amaun Pengeluaran Yang Dibenarkan

Dah berjaya hantar permohonan, semakan status boleh dibuat dalam masa 5 hari selepas mohon. Buat semakan di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan i-Citra KWSP, anda boleh hubungi talian Hotline i-Citra di 03-8922 4848.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.