RM400 Sebulan Dah Lulus! Bantuan Petani 2026 Ramai Belum Mohon •Resume Tulis Tangan: Masih Relevan? Ini Realiti Majikan & Cara Betul Buat Resume 2026 •Majikan Wajib Tahu: Letak Gaji Dalam Iklan Jawatan Kini Keperluan, Bukan Pilihan •“Kenapa Anda Suka Lompat Kerja?” Ini Cara Jawab Dalam Temuduga Supaya Nampak Profesional •Resume Tanpa Gambar & Objektif: Masih Relevan? Ini Format Moden Yang Majikan Mahu (2026) • RM400 Sebulan Dah Lulus! Bantuan Petani 2026 Ramai Belum Mohon •Resume Tulis Tangan: Masih Relevan? Ini Realiti Majikan & Cara Betul Buat Resume 2026 •Majikan Wajib Tahu: Letak Gaji Dalam Iklan Jawatan Kini Keperluan, Bukan Pilihan •“Kenapa Anda Suka Lompat Kerja?” Ini Cara Jawab Dalam Temuduga Supaya Nampak Profesional •Resume Tanpa Gambar & Objektif: Masih Relevan? Ini Format Moden Yang Majikan Mahu (2026) •

Penempatan Bertugas Bagi Jawatan Di Bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Oleh Cikgu Shaari • August 25, 2022 • 2 min baca

Penempatan Bertugas Bagi Jawatan Di Bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ingin kerja kerajaan dalam sektor pendidikan? Sebelum anda boleh memohon kerja dalam sektor perkhidmatan pendidikan, mula-mula sekali anda perlu mendaftar akaun baru MySPP sebagai pencari kerja mengikut tahap kelulusan anda. Pendaftaran Akaun MySPP boleh dibuat secara online dan secara percuma sahaja. Calon yang berkelayakan bagi jawatan dipohon akan mendapat panggilan temuduga.

Bagi calon yang berjaya, pemakluman keputusan temu duga akan dimaklumkan dalam portal SPP dan calon adalah dikehendaki untuk mencetak sendiri surat tawaran pelantikan tersebut dalam tempoh 6 minggu dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Surat arahan lapor diri  dan penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian.

Di mana calon akan ditempatkan bagi jawatan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)? Jika nak tahu, ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: Tips Kemaskini Permohonan Di MySPP Dengan Betul Untuk Mudah Dapat Panggilan Temuduga

PENETAPAN TARIKH LANTIKAN

Bagi calon yang berjaya temuduga, penetapan tarikh lantikan dibuat seperti berikut:

  • Bagi jawatan PPP, tarikh lantikan adalah tarikh penempatan atau tarikh lapor diri bertugas mengikut tarikh mana yang terkemudian.
  • Bagi jawatan PPPT dan AKP, tarikh lantikan adalah berdasarkan tarikh lapor diri bertugas.

Baca juga: Tak Pernah Dapat Panggilan Temuduga SPP? Ini 6 Punca Permohonan Anda Gagal

PENEMPATAN BERTUGAS JAWATAN SPP

Penempatan tempat bertugas adalah terletak di bawah bidang kuasa Ketua Perkhidmatan di (KPM) Calon mungkin ditempatkan bertugas di:

  • Sekolah; atau
  • Pejabat Pendidikan Daerah; atau
  • Jabatan Pendidikan Negeri; atau
  • Politeknik; atau
  • Kolej Komuniti; atau
  • di bahagian-bahagian di KPM sendiri

Permohonan pertukaran tempat bertugas adalah di bawah bidang kuasa KPM/KPT (contohnya Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Pendidikan Islam) mengikut yang mana berkaitan.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan pelantikan jawatan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, anda boleh semak soalan lazim di laman web https://www.spp.gov.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.