Permohonan Pembiayaan TemanNita TEKUN Sehingga RM20,000 Dibuka Untuk Usahawan Wanita

Dalam meningkatkan taraf hidup golongan wanita tidak kira dari golongan ibu tunggal atau suri rumah, pelbagai bantuan disediakan untuk golongan ini. Bantuan yang dihulurkan bukan sahaja daripada pihak kerajaan, malah dari pelbagai institusi kewangan yang lain juga. Dalam pembentangan Bajet 2022, kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan kepada peniaga dan bantuan kepada golongan wanita.

Skim Pembiayaan TemanNita disediakan oleh TEKUN bagi membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan.

Usahawan wanita yang memerlukan suntikan modal perniagaan boleh mohon Skim Pembiayaan TemanNita yang ditawarkan. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembiayaan yang ditawarkan dan cara buat permohonan.

KADAR PEMBIAYAAN

Kadar pembiayaan yang ditawarkan melalui Skim Pembiayaan TemanNita TEKUN adalah seperti berikut:

  • Pembiayaan Pertama dari RM1,000 sehingga RM10,000
  • Pembiayaan Kedua RM1,000 sehingga RM20,000
  • Tempoh pembiayaan adalah antara 6 bulan sehingga 5 tahun

KELEBIHAN PROGRAM TEMANNITA

Antara kelebihan mendapatkan pembiayaan melalui Skim Pembiayaan TemanNita adalah:

  • Caj perkhidmatan yang terendah 4% setahun dikalangan Institusi Mikro Kredit di Malaysia
  • Ahli Khusus untuk wanita sahaja
  • Perjumpaan mingguan dibuat di lokasi yang berdekatan dengan tempat perniagaan dan dalam tempoh yang singkat

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat oleh usahawan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

Syarat Kelayakan

  • Bumiputera & Wanita.
  • Berumur 18 – 60 tahun.
  • Telah menjalankan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju
  • Mempunyai lesen /Permit / Daftar Perniagaan (SSM) yang sah.
  • Kebenaran menggunakan lesen / permit yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran bagi pembiayaan RM5,000 dan kebawah sekiranya pemohon gagal menyediakan pendaftaran perniagaan (SSM) di Sabah dan Sarawak.
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada dengan institusi kewangan lain tidak melebihi RM50,000.

Syarat Pembiayaan

  • Membentuk kumpulan lima (5) orang usahawan (WANITA) dari kenalan/rakan perniagaan yang boleh dipercayai, ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan dalam satu kumpulan.
  • Ahli kumpulan merangkumi pelbagai jenis aktiviti perniagaan yang sah di sisi undang-undang.
  • Perniagaan ahli kumpulan hendaklah berdekatan antara satu sama lain dalam lingkungan KURANG daripada 10 kilometer dan bergantung kepada lokaliti perniagaan kumpulan.
  • Membayar balik secara mingguan / Dwi mingguan / Bulanan / PD Cheque.
  • Menghadiri perjumpaan setiap minggu di tapak perniagaan / Pejabat TEKUN Cawangan Cawangan/ tempat yang bersesuaian bersama pegawai TEKUN.
  • Pembiayaan Bertindih secara berkumpulan selepas 1 tahun dan separuh baki pembiayaan dibenarkan.
  • Menghadiri Seminar Asas Keusahawanan (SAK) TEKUN Nasional.
  • Perlindungan di bawah Insuran Takaful (Pembiayaan) dan Insuran Hayat &Kemalangan.
  • Caj Pengurusan TEKUN 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan.
  • Simpanan wajib 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun.

CARA MOHON PEMBIAYAAN TEMANNITA TEKUN

Sekiranya anda berminat untuk mohon Skim Pembiayaan TemanNita TEKUN seperti yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan melalui kaedah berikut:

Secara Manual

Anda boleh hadir ke pejabat cawangan TEKUN yang berdekatan. Semak senarai alamat pejabat cawangan TEKUN di pautan berikut:

Secara Online

Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:

KAEDAH BAYARAN BALIK

Kaedah bayaran balik Skim Pembiayaan TemanNita adalah seperti berikut:

  • Berkonsepkan jaminan &kerjasama di antara ahli kumpulan.
  • Kutipan dilaksanakan semasa perjumpaan kumpulansetiap minggu.
  • Ikrar dibaca secara individu atau berkumpulan pada setiap perjumpaan mingguan.

* Tertakluk kepada terma dan syarat pembiayaan TEKUN Nasional.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Talian Khidmat Pelanggan 03 9058 8550 atau boleh terus ke laman web rasmi www.tekun.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma