Tawaran Perkhidmatan Pengendalian TASKA Di KPM Kini Dibuka

Pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) dipelawa untuk mohon tawaran Perkhidmatan Pengendalian Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bagi pengusaha yang berminat, anda boleh buat permohonan selewa-lewatnya 31 Oktober 2022 dengan menghantar dokumen berkaitan ke alamat yang dinyatakan di perkongsian ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat permohonan.

TAWARAN PERKHIDMATAN PENGENDALIAN TASKA DI KPM

Pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah dipelawa untuk menyertai tawaran berikut : 

  • Perkara: Perkhidmatan Pengendalian Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di KPM
  • Lokasi: Aras 3, Blok E12,  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kompleks E, 62604 Putrajaya
  • Tarikh lawatan tapak: 5 Oktober 2022 jam 3 petang (Rabu)
  • Tarikh tutup: 31 Oktober 2022 sebelum 12 tengahari (Isnin)

DOKUMEN DIPERLUKAN

Setiap pengusaha dikehendaki mengemukakan dokumen Profil Syarikat yang mengandungi maklumat berikut :

  • Latar belakang TASKA.
  • Latar belakang pendidikan majikan dan pekerja TASKA.
  • Sijil-sijil pendaftaran TASKA daripada JKM, SSM / ROS.
  • Sijil menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan
  • PERMATA yang diiktiraf JKM dan maklumat suntikan Typhoid untuk  pengendali makanan.
  • Mengemukakan modul aktiviti dan pembelajaran termasuk jadual aktiviti harian dan makan minum kanak-kanak.

CARA MOHON

Permohonan bagi pengusaha TASKA yang berminat boleh dibuat dengan menghantar dokumen-dokumen dinyatakan di atas ke alamat berikut:

  • Urus Setia Jawatankuasa Pemilihan TASKA KPM,
    UNIT PENTADBIRAN
    CAWANGAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
    BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
    ARAS 8, BLOK E8, KOMPLEKS E,
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    62604 PUTRAJAYA

Sebarang pertanyaan dan borang berhubung tawaran perkhidmatan ini, sila hubungi Puan Nurul Akmar Rasli (03-8884 6191)/Puan Maria Ab Rahman (03-8884 6062)/Puan Nadhirah Abd Latiff (03-8884 6095).

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma