Tawaran Biasiswa MAIWP Bagi Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Awam (UA) Sesi 2020/2021

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar- pelajar yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam dalam negara yang terpilih ambilan sesi 2020/2021 untuk memohon biasiswa tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Calon yang ingin membuat permohonan sudah boleh mula memohon sebelum tarikh tutup iaitu 1 September 2020.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan, bidang yang layak dan cara membuat permohonan.

INSTITUSI PENGAJIAN YANG DITAJA

Berikut adalah senarai Universiti Awam (UA) yang ditaja:

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  6. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  10. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  11. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  12. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
  13. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  14. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  17. Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  18. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  19. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  20. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

BIDANG PENGAJIAN YANG DITAJA

Bidang pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang ditaja adalah seperti berikut:

  1. Bidang Klinikal Dan Kesihatan Sastera
    – Perubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri dan lain-lain yang berkaitan.
  2. Bidang Sains Sosial
    – Perakaunan, Perbankan Islam, Undang-undang, Sains Teknologi, Teknologi Maklumat dan lain-lain berkaitan
  3. Bidang Kejuruteraan
    – Elektrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan, Mekanikal dan lain-lain yang berkaitan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat asas dan khusus yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan:

Syarat-syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Sedang bermastautin di Wilayah Persekutuan (sekurang-kurangnya setahun).
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal.
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (ambilan sesi 2020/2021) dari mana-mana Universiti Awam yang disenaraikan.
  • Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak/penaja.
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
  • Program Diploma/Ijazah Sarjana Muda bagi kali pertama sahaja.

Syarat-syarat Khusus

  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 dan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5 keseluruhan termasuk prinsipal A bagi Pengajian Am; atau
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2019 dan memperolehi sekurang-kurangnya 7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan minimum Mumtaz ; atau
  • Lulus peringkat Diploma/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Foundation Studies pada tahun 2019/2020 dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5 di akhir semester.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

Antara calon yang tidak layak memohon biasiswa MAIWP adalah:

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra-universiti / Alpha / Foundation.
  • Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma / Ijazah dalam tahun kedua dan ke atas
  • Pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
  • Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan pengajian atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab-sebab tindakan disiplin.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat mulai 5 Julai 2020 dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun di perkongsian bawah atau boleh mendapatkan terus di pejabat MAIWP.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke kaunter Bahagian Baitumal Aras 1 (Ibu Pejabat) atau di mana-mana cawangan Baitumal (PAZA) di Wilayah Persekutuan di alamat berikut:

  • Bahagian Baitulmal,
    Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
    Aras 1, Bangunan PERKIM,
    No. 150, Jln Sultan Azlan Shah,
    51200 Kuala Lumpur @
    Cawangan-Pusat Agihan Zakat (PAZA)

Pemohon dinasihatkan untuk menghantar permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 1 September 2020.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BIASISWA MAIWP

Borang permohonan mestilah dicetak menggunakan kertas berwarna putih. Sila pastikan borang permohonan diisi dan dilampirkan dengan dokumen lengkap seperti dalam senarai di borang permohonan. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

download borang permohonan di bawah:

borang permohonan biasiswa maiwp

Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Sebarang pertanyaan berkaitan biasiswa boleh dibuat pada hari bekerja melalui talian: 03-40477600 sambungan 7411/7410/7631 (Unit Pembangunan Akademik- IPTL).

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma