Tarikh Rayuan GKP 2.0 Bermula 7 Disember. Ini Cara Buat Rayuan 

Bagi individu yang tidak lulus permohonan GKP 2.0, anda masih berpeluang untuk buat rayuan GKP 2.0 pada tarikh yang ditetapkan. Tarikh rayuan GKP 2.0 telah ditetapkan adalah bermula 7 Disember 2020. Semak cara buat rayuan GKP 2.0 bagi yang tidak lulus.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataannya berkata, permohonan rayuan GKP 2.0 adalah dibuka pada tarikh tersebut sehingga satu tarikh yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh rayuan GKP 2.0 dan cara membuat rayuan GKP 2.0.

Isi Kandungan

TARIKH RAYUAN GKP 2.0

Tarikh rayuan GKP 2.0 telah ditetapkan dalam tempoh 14 hari iaitu seperti berikut:

  • Tarikh rayuan GKP 2.0: 7 Disember hingga 21 Disember 2020

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Rayuan GKP 2.0 ini dibuka bagi memberi peluang kepada pemohon untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pemohon dinasihatkan untuk sediakan dokumen berkaitan sesuai dengan kod tidak lulus semasa membuat semakan GKP 2.0.

Semak senarai kod tidak lulus dan dokumen yang perlu disediakan untuk buat rayuan GKP 2.0:

SYARAT RAYUAN GKP 2.0

Individu yang ingin membuat rayuan GKP 2.0 mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
  • Berdaftar PBT atau SSM sebelum atau pada 31 Ogos 2020

CARA BUAT RAYUAN GKP 2.0

Permohonan rayuan pada tarikh rayuan GKP 2.0 yang ditetapkan boleh dibuat secara dalam talian di portal berikut:

Tarikh Rayuan GKP 2.0 Bermula 7 Disember. Ini Cara Buat Rayuan 

Masukkan nombor kad pengenalan anda di ruang yang disediakan dan klik tanda SEMAK. Status anda akan dipaparkan. Klik pada butang RAYUAN.

Untuk permohonan rayuan GKP 2.0, anda mestilah muat naik dokumen yang berkaitan dengan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.

Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh rayuan GKP 2.0, anda boleh terus ke cawangan LHDN berdekatan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma