Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Semakan Status Permohonan GKP 2.0 Bermula 27 November. Ini Cara Buat Semakan

Oleh Cikgu Shaari • November 19, 2020 • 1 min baca

Semakan Status Permohonan GKP 2.0 Bermula 27 November. Ini Cara Buat Semakan
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Pengenalan semula GKP 2.0 yang diumumkan oleh Perdana Menteri ini adalah berikutan penularan wabak COVID-19 masih memberi kesan kepada peniaga.

Bagi pemohon yang telah membuat permohonan GKP 2.0 pada Oktober lepas, anda boleh buat semakan status mulai 27 November ini.

TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata PKS mikro terbabit boleh menyemak status kelulusan bermula 27 November ini manakala tarikh pembayaran pula dijangka mulai 30 November ini.

Baca selanjutnya mengenai pembayaran GKP 2.0 bagi permohonan yang lulus DI SINI.

SYARAT KELAYAKAN GPK 2.0

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak menerima bantuan RM3,000 GKP 2.0:

  • Memenuhi definisi PKS mikro
  • Berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSM sehingga 31 Ogos 2020
  • Pemohon tidak pernah menerima GKP sebelum ini
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat

SEMAKAN STATUS GKP 2.0

Sekiranya anda telah membuat permohonan GKP 2.0 pada tarikh yang ditetapkan, anda boleh buat semakan mulai 27 November 2020 di laman web berikut:

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang carian. Status permohonan anda akan dipaparkan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.