Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Warong Rider: Jana Pendapatan Sebagai Rider Dan Terima Kit Permulaan Dibiayai SME Corp

Oleh Cikgu Shaari • November 20, 2020 • 2 min baca

Warong Rider: Jana Pendapatan Sebagai Rider Dan Terima Kit Permulaan Dibiayai SME Corp
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi SME Corporation Malaysia (SME Corp) memperkenalkan platform servis penghantaran Warong Rider untuk kegunaan semua golongan penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

Kerjasama membabitkan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKM) menerusi Program Micro Connector membolehkan penghantar atau rider menerima bantuan untuk menjalankan tugasan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Warong Rider.

KIT PERMULAAN DISEDIAKAN

Melalui kerjasama ini, rider di bawah platform Warong Rider akan dibekalkan dengan kit permulaan meliputi:

  • Beg penghantaran
  • Pakaian seragam

Kit permulaan adalah bernilai RM250 di mana 70% dari kosnya dibiayai oleh SME Corp melalui Program Micro Connector.

OBJEKTIF WARONG RIDER

Warong Rider dilaksanakan dengan tujuan untuk:

  • Membuka peluang kepada belia B40 menjana pendapatan melalui perniagaan
  • Menjana peluang pekerjaan kepada rakyat terutamanya belia yang terjejas akibat COVID 19

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Warong Rider adalah:

  • Penghantaran bungkusan
  • Penghantaran makanan dan minuman
  • Penghantaran dokumen
  • Penghantaran ubat-ubatan
  • Serta lain-lain mengikut terma dan syarat

MEDIUM PENGHANTARAN

Penghantaran boleh dilakukan dengan menggunakan medium seperti berikut:

  • Kereta
  • Motosikal
  • Basikal
  • Dron

CARA DAFTAR SEBAGAI RIDER

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai rider Warong Rider, anda boleh daftar dengan langkah berikut:

  1. Klik pautan berikut: warongrider.com
  2. Anda perlu muat turun aplikasi yang disediakan. Klik DOWNLOAD NOW
    Warong Rider: Jana Pendapatan Sebagai Rider Dan Terima Kit Permulaan Percuma
  3. Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan hantar borang tersebut secara online
  4. Tunggu anda dipanggil untuk latihan dan seterusnya bekerja bersama Warong Rider

Sekiranya anda mempunyai berminat untuk ceburi kerjaya sebagai rider dengan Warong Rider dan mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Warong Rider di alamat berikut:

  • Warong Rider HQ
    No.1, Jalan Setia Dagang AL U13/AL,
    40170 Shah Alam,
    Selangor.
  • Tel: 03 5032 8510
  • Email: support@warongrider.com
  • Whatsapp: +017676 9201
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.