Semakan Keputusan Panggilan eUKCG Calon Biasiswa Perguruan ISMP 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)  khas buat semua pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan. Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang Universiti Awam (UA).

Permohonan secara dalam talian telah dibuka pada bulan Mac lepas. Kini individu yang telah membuat permohonan boleh buat semakan keputusan panggilan menduduki eUKCG Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan semakan keputusan dan tarikh penting tawaran biasiswa ISMP KPM Tahun 2022.

TARIKH PENTING TAWARAN BIASISWA

Berikut adalah tarikh penting tawaran Biasiswa ISMP yang calon perlu ambil perhatian:

  • 27 April- Pengesahan calon layak menduduki saringan oleh BBP KPM
  • 31 Mei 2022 – Semakan calon layak saringan eUKCG
  • AKAN DIKEMASKINI – eUKCG (UKCG secara dalam talian)
  • AKAN DIKEMASKINI- Semakan keputusan eUKCG
  • AKAN DIKEMASKINI- Tempoh penyediaan dan penghantaran Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan Video Pengajaran (VP)
  • AKAN DIKEMASKINI- Penilaian VKP dan VP
  • AKAN DIKEMASKINI – Semakan Keputusan Oleh BBP KPM

SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN eUKCG

Calon yang telah membuat permohonan kini boleh buat semakan keputusan panggilan menduduki eUKCG Biasiswa ISMP mulai 31 Mei 2022 jam 10.30 pagi melalui pautan berikut:

Tahniah bagi pelajar yang dapat tawaran panggilan untuk duduki eUKCG. Sebagai persediaan, anda boleh rujuk: Koleksi Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG)

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Tel: 603 83217100
  • Emel: penawaran.bb@moe.gov.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma