Lebih 20,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan Di Selangor Mega Job Fair. Daftar Sekarang

Peluang pekerjaan buat graduan! Lebih 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh lebih 60 syarikat melalui Selangor Job Fair 2020 yang dianjurkan oleh Kerajaan Selangor mulai Oktober hingga December akan datang.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Pembangunan Insan Negeri, Mohd Khairuddin Othman berkata program itu dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan JobsMalaysia bertujuan untuk menangani isu pengangguran akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.

Isi Kandungan

SELANGOR MEGA JOB FAIR

Karnival kerjaya dengan tema “Working Selangor” akan bermula di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 3 dan 4 Oktober di mana kira-kira 5,000 peluang pekerjaan di pelbagai sektor terutama sektor industri dan perkhidmatan akan ditawarkan. Selangor Mega Job Fair ditawarkan di 10 lokasi di seluruh negeri Selangor.

Bagi daerah-daerah lain di Selangor, karnival ini akan diadakan secara berperingkat dengan harapan rakyat negeri ini terutama yang terkesan dapat mengambil kesempatan untuk mendapatkan pekerjaan baru.

Lebih 20,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan Di Selangor Mega Job Fair. Daftar Sekarang

TARIKH DAN LOKASI KARNIVAL

Berikut adalah tarikh dan lokasi karnival yang akan dijalankan:

  1. SACC Shah Alam – 3 dan 3 Oktober 2020
  2. Kuala Selangor Indoor Stadium – 10 dan 11 Oktober 2020
  3. Dewan orang Ramai Telok Panglima Garang, Kuala Langat – 24 dan 25 Oktober 2020
  4. Gombak Community Centre – 7 dan 8 November 2020
  5. Dewan Seri Cempaka Kajang, Hulu Langat – 14 dan 15 November 2020
  6. Sepang — 21 dan 22 November 2020
  7. Hulu Selangor 5 dan 6 December 2020
  8. Sabak Bernam – 12 dan 13 December 2020
  9. Klang – 28 dan 29 December 2020

PENDAFTARAN AWAL

Kerajaan Selangor mensasarkan 15,000 pencari kerja menghadiri karnival kerja di SACC dan lokasi-lokasi lain yang ditawarkan. Oleh itu sekiranya anda berminat untuk menghadiri Job Fair tersebut, anda dinasihatkan untuk membuat pendaftaran awal secara online melalui:

  • Laman web JobsMalaysia Selangor; ATAU
  • Hubungi JobsMalaysia Selangor Centre di talian 03-55247740 dan 03-55231309

Pendaftaran awal adalah amat digalakkan agar SOP yang telah ditetapkan dapat dipatuhi dengan sempurna. Individu yang telah membuat pendaftaran awal akan menerima satu barcode. Barcode yang diterima adalah digunakan untuk memasuki karnival kerjaya tersebut.

Bagi individu yang hadir ke karnival tanpa pendaftaran awal, dikhuatiri anda tidak dapat masuk ke karnival kerjaya kerana proses SOP screening akan mengambil masa dan mungkin kemasukan pelawat adalah terhad.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Pastikan anda bersedia dengan berpakaian kemas dan bawa resume secukupnya untuk hadir ke Selangor Mega Job Fair kerana mungkin bakal majikan anda sedang menanti di sana! Nak dapatkan kerja melalui career fair, ikut TIPS INI.

Sekali lagi diingatkan agar anda membuat pendaftaran awal untuk memudahkan urusan nanti.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma