Pendaftaran MUET Sesi 1 Tahun 2021 Kini Dibuka. Semak Tarikh Penting Peperiksaan MUET 2021

Bagi pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MUET sesi terkini, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah pun mengeluarkan Kalendar Peperiksaan MUET untuk tahun 2021.
Pelajar calon persendirian yang mahu menduduki peperiksaan ini perlu mendaftar mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan. Untuk sesi peperiksaan MUET kali ini, pelajar dinasihatkan untuk membuat pendaftaran seawal mungkin. Ini untuk mengelakkan masalah permohonan daftar lewat ditolak.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak tarikh pendaftaran MUET dan tarikh-tarikh penting peperiksaan MUET tahun 2021.
TARIKH PENTING MUET 2021
Berikut adalah tarikh-tarikh penting peperiksaan MUET 2021 yang dikeluarkan oleh MPM:
- Tarikh pendaftaran dibuka: 13 November 2020
- Tarikh Pendaftaran ditutup: 14 Disember 2020
- Tarikh Ujian Lisan (Speaking) 17, 18, 22, 23, 24 dan 25 Februari 2021
- Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing dan Listening): 10 April 2021
- Tarikh pembelian PIN MEC mulai: 13 November hingga 13 Disember 2020.
PENDAFTARAN MUET SESI 1 2021
Pendaftaran MUET sesi 1 tahun 2021 boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:
Calon diingatkan agar membeli nombor pin pendaftaran MUET terlebih dahulu dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat sebelum daftar. Pembelian pin juga boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran MUET tahun 2021 dan tarikh-tarikh penting peperiksaan, anda boleh terus ke laman web rasmi www.mpm.edu.my atau hubungi MPM di talian 03 61261600.