Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tarikh-Tarikh Penting Semakan & Kemasukan Calon PPISMP IPG 2022

Oleh Cikgu Shaari • July 14, 2022 • 2 min baca

Tarikh-Tarikh Penting Semakan & Kemasukan Calon PPISMP IPG 2022
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Institut Pendidikan Guru ataupun singkatannya IPG merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Jika sebelum ini, IPG lebih dikenali sebagai maktab perguruan. Namun, selepas pelbagai penambahbaikan dilakukan serta dinaiktaraf, maktab perguruan telah bertukar status daripada maktab kepada institut.

Program pengajian utama yang ditawarkan di IPG adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Namun, sebelum pelajar mengikuti Program PISMP, pelajar perlulah menyelesaikan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) terlebih dahulu.

Calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke IPG bagi Program PPISMP, sila ambil perhatian dengan tarikh-tarikh penting kemasukan ke IPG tahun 2022 di bawah.

TARIKH PENTING KEMASUKAN IPG 2022

Berikut adalah tarikh-tarikh penting kemasukan ke IPG tahun 2022 yang perlu diberi perhatian:

  • Iklan permohonan: 11 Mac hingga 15 Mac 2022
  • Permohonan: 15 Mac – 15 April 2022
  • e-UKCG: 20 – 29 April 2022
  • Kemaskini Permohonan:  17 hingga 24 Jun 2022
  • Semakan layak temuduga & penyediaan VKF: 29 – 3 Julai 2022
  • Temuduga & Penilaian VKF: 3 – 8 Julai 2022
  • Tawaran: 16 Julai 2022
  • Pendaftaran pelajar: 1 Ogos 2022

SEMAKAN CALON BERJAYA

Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghantar VP dan VKP diminta untuk membuat semakan melalui pautan yang disediakan:

Calon juga akan diberikan makluman melalui email jika berjaya. Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghantar VP dan VKF tetapi  tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap TIDAK BERJAYA. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.

Baca: 9 Perubahan Dalam IPG Yang Perlu Anda Tahu Jika Anda Berminat Menjadi Cikgu

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.