Langkah Demi Langkah Mohon i-Lindung KWSP Secara Online Melalui i-Akaun

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli untuk membolehkan ahli membeli produk insurans dan takaful menggunakan Akaun 2. Platform itu diperkenalkan bagi membantu ahli mendapatkan perlindungan bagi menghadapi situasi yang tidak diduga dan di luar kawalan.

harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan tidak akan membebankan ahli menerusi syarikat insurans dan pengendali takaful yang disediakan dalam platform KWSP. Untuk makluman anda, setiap Ahli boleh buat permohonan/ pembelian pelan perlindungan i-Lindung secara online dengan mudah melalui i-Akaun.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan langkah demi langkah membuat permohonan i-Lindung KWSP.

i-LINDUNG KWSP

i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.

Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

Antara perlindungan yang ditawarkan adalah:

  • Perlindungan Hayat
  • Perlindungan Penyakit Kritikal

Maklumat lebih lanjut berkenaan i-Lindung KWSP boleh dirujuk di sini:

I-LINDUNG KWSP

PERMOHONAN I-LINDUNG KWSP MELALUI I-AKAUN

Sebagai Ahli KWSP, anda wajib ada i-Akaun untuk memudahkan urusan anda kerana pelbagai kemudahan disediakan dalam i-Akaun ini. Antaranya adalah anda boleh buat semakan baki Akaun 2 KWSP anda untuk mohon pelan perlindungan i-Lindung KWSP.

Bagi yang belum pernah daftar i-Akaun KWSP, anda boleh buat pendaftaran sekarang dengan ikut langkah berikut:

LANGKAH PENDAFTARAN I-AKAUN KWSP

PANDUAN MOHON I-LINDUNG KWSP

Berikut adalah langkah demi langkah membuat permohonan pembelian pelan perlindungan i-Lindung KWSP secara online melalui i-Akaun:

  1. Pergi ke laman https://secure.kwsp.gov.my/
  2. Log masuk ke i-Akaun menggunakan nama dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Klik I-LINDUNG di bahagian atas
  4. Klik Dapatkan Sebut Harga

  5. Lengkapkan maklumat pilihan produk yang anda mahu dan jumlah yang diinginkan untuk pelan perlindungan. Tick pada kotak disediakan dan klik Dapatkan Sebut Harga

  6. Jenis perlindungan dan sebut harga akan dipaparkan
  7. Klik PILIH pada pelan yang anda mahu
  8. Butiran Produk akan dipaparkan, pastikan anda baca secara terperinci
  9. Klik Seterusnya untuk membuat pembelian pelan perlindungan sekiranya anda berminat dengan produk yang ditawarkan
  10. Lihat ringkasan dan buat pembayaran mengikut langkah berikutnya

Perlindungan akan bermula pada hari polisi/sijil anda telah dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil anda akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin memakan masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi/sijil anda akan kekal aktif kecuali pembayaran ditolak. Sekiranya pembayaran ditolak, polisi/sijil yang dibeli akan dibatalkan oleh SIT.

Anda dinasihatkan untuk menyemak status permohonan pembayaran anda di bahagian Sejarah Transaksi di i-Lindung untuk memastikan tiada komplikasi terhadap status polisi/sijil anda.

Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Lindung KWSP, anda boleh terus rujuk di laman web rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/member/i-lindung.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma