Senarai Cuti Terpanjang Tahun 2023. Dah Boleh Mula Plan Percutian Sekarang

Dapatkan senarai tarikh cuti terpanjang di seluruh Malaysia bagi tahun 2023 di sini untuk rancang percutian anda nanti. Pasti ramai yang sudah rancang percutian pada tahun lepas tetapi terpaksa dibatalkan memandangkan penularan Covid-19 di negara kita masih berleluasa.

Oleh itu, ayuh kita rancang percutian pada tahun ini pula! Dapatkan juga kalender tahun 2023 untuk perancangan awal nanti. Senarai cuti terpanjang yang dikongsikan ini boleh dijadikan rujukan atau cadangan untuk anda pergi bercuti nanti. Cuti umum ditambah dengan cuti tahunan, boleh lah anda berehat lama sedikit.

Berikut adalah senarai cuti terpanjang tahun 2023 di seluruh Malaysia.

SENARAI CUTI TERPANJANG TAHUN 2023

Januari 2023

  • Tahun Baru: 31 Disember 2022 , 1 Januari 2023 & 2 Januari 2023 [Sabtu ~ Isnin]
  • Tahun Baru Cina:  21,22,23 & 24 Januari 2023 [Sabtu ~ Selasa] *Cuti ganti pada Isnin

Februari 2023

  • Thaipusam: 4,5 & 6 Februari 2023 [Sabtu ~ Isnin] *Johor, KL, N.9, penang, Perak & Selangor

April 2023

  • Hari Nuzul Al-Quran: 8 April 2023 (Sabtu)
    *WPKL, Labuan & Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu
  • Hari Raya Aidilfitri: 22, 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)

Mei 2023

  • Hari Buruh / Hari Raya Puasa: 29,30 April & 1, Mei 2023 (Sabtu ~ Isnin)
  • Hari Wesak: 4 Mei 2023 (Khamis)

Untuk cuti yang panjang, anda dicadangkan untuk ambil cuti pada 2 & 3 Mei 2023

Jun 2023

  • Hari Kelahiran Yang di-Pertuan Agong: 4, 5 & 6 Jun 2022 (Sabtu ~ Isnin)
  • Hari Raya Haji/ Korban: 29 & 30 Jun 2023 & 1, 2 Julai 2023 (Khamis ~ Ahad)

Julai 2023

  • Awal Muharaam (Maal Hijrah): 19 Julai 2023 (Rabu)

Ogos 2023

  • Hari Kebangsaan: 31 Ogos 2022 (Khamis)

Anda dicadangkan untuk ambil cuti pada 1 September 2022 (Jumaat) untuk dapatkan cuti panjang sehingga Ahad (4 hari).

September 2023

  • Hari Malaysia: 16 September 2023
  • Maulidur Rasul: 28 September 2023 (Khamis)

Anda dicadangkan untuk ambil cuti pada 29 September 2022 (Jumaat) untuk dapatkan cuti panjang sehingga Ahad (4 hari).

November 2023

  • Hari Deepavali: 12 November 2023 (Ahad)

Disember 2023

  • Krismas: 24, 25 & 26 Disember 2023(Sabtu~ Isnin)
Untuk jadual cuti yang sebenar dan lebih terperinci, anda boleh rujuk di kalender tahun 2023 yang dikongsikan di bawah.

Sumber: Seedly

Bila dah tahu tarikh-tarikh cuti terpanjang sepanjang tahun 2023 di Malaysia ini, bolehlah anda rancang percutian anda sekarang! Nak langsungkan majlis perkahwinan tahun hadapan? Anda boleh pilih tarikh-tarikh cantik untuk hari bahagia sepanjang tahun 2022.

Klik butang di bawah untuk muat turun kalender tahun 2023 sebagai rujukan anda:

kalender tahun 2023

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma